Tuesday, July 11, 2017

PAMERAN PELABURAN DAN PERDAGANGAN LANZHOU MELANGKAH LEBIH GLOBAL PADA TAHUN INI

LANZHOU, China, 11 Julai, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Pameran Pelaburan dan Perdagangan Lanzhou ke-23 berakhir pada petang Isnin. Dengan Inisiatif Belt and Road sebagai satu tema utama, pameran tempatan itu menjadi lebih global hasil daripada pelbagai aktiviti pertukaran ekonomi dan perdagangan B&R.

Pameran Lanzhou pada tahun ini meningkatkan pertukaran dengan negara-negara di sepanjang Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 selain yang berkaitan dengan Belt Ekonomi Laluan Sutera. Pameran itu menjemput Nepal dan Malaysia sebagai tetamu kehormat buat kali pertama dalam sejarahnya, menurut Zhang Zhengfeng, timbalan setiausaha dengan Kerajaan Wilayah Gansu dan naib pengarah eksekutif bagi jawatankuasa penganjur untuk pameran Lanzhou.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10205

No comments:

Post a Comment