Tuesday, July 18, 2017

MURATA BERGANDING DENGAN STMICRO UNTUK MENAMBAHKAN PENYAMBUNGAN SIGFOX KEPADA MODUL LORAWAN MEREKA YANG MEMBOLEHKAN KEUPAYAAN MENIKMATI YANG "TERBAIK DARIPADA KEDUA-DUA SITUASI"

KYOTO, Jepun, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Murata Manufacturing Co., Ltd. (TOKYO: 6981) (ISIN: JP3914400001) hari ini mengumumkan keputusan daripada kerjasama mereka dengan kedua-dua STMicro dan SigFox untuk menempatkan tindanan SigFox agar wujud bersama-sama dengan tindanan LoRa pada modul faktor bentuk kecil Murata Jenis ABZ LoRaWAN™. Dengan ciri-ciri ini Murata telah memperluaskan keupayaan modul itu untuk menyediakan kedua-dua kemampuan LoRa dan SigFox ke seluruh dunia dari satu platform perkakasan tunggal. Pendekatan ini membolehkan pelanggan untuk membuat keputusan mengenai teknologi rangkaian mana yang memberi khidmat terbaik kepada aplikasi itu bergantung kepada lokasi, keperluan perkhidmatan dan kos.
 
Kedua-dua rangkaian menawarkan keupayaan rangkaian kawasan luas berkuasa rendah (LPWAN) yang sama, yang mensasarkan aplikasi dalam meter pintar, pengurusan kemudahan, pengesanan aset, dan pelbagai kegunaan lain di dalam ruang IoT. Walaupun setiap mempunyai perbezaan, matlamat bersama ialah liputan rangkaian dengan Kualiti Perkhidmatan (QoS) yang baik. Dengan menyokong kedua-dua piawaian, modul Murata juga boleh merapatkan kedua-dua rangkaian, menyediakan lebih banyak kelenturan penempatan dengan membolehkan sebuah operasi dwi mod dari satu pakej perisian tegar yang boleh digunakan secara global.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10226

No comments:

Post a Comment