Wednesday, July 19, 2017

BENGKEL LATIHAN SERANTAU MENGENAI PEMINDAHAN TEKNOLOGI PERTANIAN DENGAN FOKUS KHUSUS PADA "PENERAPAN ICT UNTUK PERTANIAN BERKEKALAN"

Bengkel  Teknikal  Kesan Taburan dan Perubahan Strategi Pengurusan Bencana dan Perubahan Iklim ke atas Jaminan Bekalan Makanan di Rantau ASEAN

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Ketua Pengarah MARDI, Y Bhg Datuk Dr Sharif Haron merasmikan dua bengkel antarabangsa  yang diadakan bersekali di Putrajaya. Bengkel yang pertama ialah Bengkel  Teknikal  Kesan Taburan dan Perubahan Strategi Pengurusan Bencana dan Perubahan Iklim ke atas Jaminan Bekalan Makanan di Rantau ASEAN yang telah diadakan dengan jayanya pada 17 Julai 2017. Bengkel ini adalah anjuran bersama MARDI dan Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA). Manakala bengkel yang kedua ialah Bengkel Latihan Serantau mengenai Pemindahan Teknologi Pertanian dengan Fokus Khusus pada "Penerapan ICT untuk Pertanian Berkekalan” yang mana bengkel ini adalah anjuran bersama MARDI dan Centre for Alleviation of Poverty through Sustainable Agriculture (CAPSA-UNESCAP). Majlis ini turut dihadiri oleh Masakazu Ichimura, Pengarah CAPSA-UNESCAP dan Dr. Venkatachalam Anbumozhi, Pegawai Kanan Ekonomi ERIA.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10227


No comments:

Post a Comment