Monday, July 10, 2017

MOODY'S ANALYTICS MENANG EMPAT ANUGERAH PELAKSANAAN TEKNOLOGI RISIKO DARI THE ASIAN BANKER

HONG KONG, 7 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Moody’s Analytics hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi empat anugerah Pelaksanaan Teknologi Risiko dari The Asian Banker.

Moody’s Analytics memenangi anugerah Pematuhan Pelaksanaan Teknologi Risiko untuk Tahun berkenaan dan Pelaksanaan Teknologi Risiko bagi Tahun berkenaan dengan Standard Chartered Bank. Di dalam kategori Pelaksanaan Teknologi Risiko Kecairan bagi Tahun berkenaan, Moody’s Analytics berkongsi hadiah utama dengan Kumpulan AFFIN Bank. Untuk melengkapkan kejayaan mereka, Moody's Analytics memenangi anugerah Pelaksanaan Teknologi Risiko Perusahaan untuk Tahun berkenaan dengan Bank of Beijing dan Jiangsu Hoperun Software Company.

"Kami amat berbesar hati untuk menerima anugerah-anugerah ini dari The Asian Banker dan berkongsinya dengan rakan-rakan kami yang dihormati di Standard Chartered Bank, Kumpulan AFFIN Bank, Bank of Beijing dan Jiangsu Hoperun," kata Andrew Bockelman, Pengarah Urusan di Moody's Analytics. "Penyelesaian Moody’s Analytics membantu bank-bank di seluruh rantau Asia Pasifik meningkatkan kecekapan mereka, menyeragam dan mengautomatikkan proses, dan menangani cabaran kawal selia dan operasi yang lain."

Dengan penempatan penyelesaian RiskAuthority™ Moody’s Analytics, Standard Chartered Bank memperoleh pandangan yang lebih mendalam mengenai portfolionya, sekali gus membolehkan bank itu membuat keputusan pengawalseliaan dan pengurusan risiko yang lebih bermaklumat. Pelaksanaannya dengan ketara mengurangkan masa pemprosesan kumpulan bank itu dan dengan penempatan sebuah penyelesaian infrastruktur berprestasi tinggi, bank itu telah mencapai penjimatan kos infrastruktur yang ketara.

Dengan melaksanakan penyelesaian RiskAuthority dan RiskConfidence™ Moody's Analytics, Kumpulan AFFIN Bank mewujudkan satu aliran kerja yang konsisten dan berulang untuk menghasilkan keputusan yang boleh dipercayai dengan cepat. Sebagai hasil langsung, kecekapan operasi, keupayaan laporan dan analisis risiko bank itu dapat dipertingkatkan, dan bank mencapai objektif keseluruhannya dalam membuat keputusan perniagaan dan pengurusan risiko yang lebih baik.

Jiangsu Hoperun memainkan satu peranan penting di dalam pelaksanaan penyelesaian RiskAuthority Moody’s Analytics di Bank of Beijing dengan menyedia dan melaksanakan pelan projek itu, menyelaraskan seluruh pasukan yang berlainan, dan melaporkan kemajuan pelaksanaan itu. Setelah penyelesaian Moody’s Analytics ditempatkan, Bank of Beijing meningkatkan ketepatan dan kekinian bagi pengiraan aset berwajaran risiko serta pengiraan dan pelaporan nisbah kecukupan nisbah modalnya. Sementara itu, peningkatan automasi hasil daripada pelaksanaan itu bermakna penjimatan kos utama bagi bank itu.

No comments:

Post a Comment