Tuesday, July 25, 2017

CALVIN KLEIN, INC. MENGUMUMKAN KEMPEN PENGIKLANAN GLOBAL CALVIN KLEIN 205W39NYC MUSIM LURUH 2017

NEW YORK, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. [NYSE: PVH], hari ini mengumumkan kempen pengiklanan multi-media global CALVIN KLEIN 205W39NYC Musim Luruh 2017. Kempen itu menampilkan koleksi sulung CALVIN KLEIN 205W39NYC oleh Ketua Pegawai Kreatif Raf Simons.

Dirakamkan oleh jurugambar Willy Vanderperre, kempen yang menarik perhatian itu menampilkan barisan 22 orang model yang dirakamkan bertentangan dengan beberapa papan iklan yang menampakkan imej daripada kempen CALVIN KLEIN: Klasik Amerika musim lalu. Papan iklan bagi kempen yang terdahulu – yang termasuk hasil karya oleh artis Andy Warhol – didirikan di padang pasir California pada hari-hari menjelang rakaman itu. Kempen itu adalah satu kajian seni dan hasil kemahiran, mengenai perkara sebenar dan yang dibayangkan, dunia yang dibuat-buat dengan gaya fesyen yang tinggi yang digabungkan dengan rasa seharian. Pada akhirnya, kempen itu meneroka pandangan sinematik dan romantis orang luar mengenai Amerika, sesuatu yang menjadi impian dunia yang menjadi konkrit bagi Ketua Pegawai Kreatif Raf Simons dan Pengarah Kreatif Pieter Mulier.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10242

No comments:

Post a Comment