Wednesday, July 5, 2017

Suria KLCC serah sumbangan RM13,000

Putrajaya: Suria KLCC Sdn Bhd (Suria KLCC), menyerahkan sumbangan lebih RM13,000 kepada Tabung Bersamamu yang dikelola Media Prima Television Networks (MPTN) bagi membantu golongan kurang berkemampuan di negara ini.
Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awamnya Fartini Zaharuddin berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha pihaknya untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Sebahagian sumbangan ini adalah daripada keperihatinan orang ramai yang berpeluang menghulurkan sumbangan ke Tabung Bersamamu yang disediakan MPTN di tiga pusat beli-belah kendalian Suria KLCC iaitu Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan sumbangan kepada Tabung Bersamamu di Pusat beli-belah Alamanda di sini, semalam.
Pada majlis itu, Fartini menyampaikan sumbangan kepada Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Pengguna Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) Desmond Cheng.
Hadir sama Pengurus Besar Alamanda Baldev Singh.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/07/242385/suria-klcc-serah-sumbangan-rm13000

--Harian Metro

No comments:

Post a Comment