Tuesday, July 25, 2017

CRUSADERS OF LIGHT MMORPG KINI TERDAPAT DI APP STORE, GOOGLE PLAY, DAN FACEBOOK GAMEROOM UNTUK KOMPUTER PERIBADI

Pemain kini boleh bergabung secara berpasukan untuk serangan epik 40 orang di telefon bimbit, komputer peribadi, atau kedua-duanya

BRISBANE, Calif. 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Crusaders of Light, MMORPG baharu dari NetEase, Inc. (NASDAQ:
NTES), telah dilancarkan secara rasmi pada peranti mudah alih dan komputer peribadi, dan kini boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play dan Facebook Gameroom. Sekarang pemain dapat mengalami sebuah MMORPG yang tulen pada telefon bimbit dan mengambil watak mereka merentasi platform untuk bermain dengan lancar di antara peranti mudah alih dan komputer peribadi mereka. Temui sebuah dunia fantasi 3D yang indah, satu siri penjara bawah tanah yang mencabar, persahabatan baharu yang dijalin di dalam sistem kesatuan, dan, buat pertama kalinya pada mudah alih, serangan bagi 40 orang -- kini tersedia sebagai sebuah muat turun percuma.

Di samping dapat bermain dengan rakan-rakan yang mempunyai perkakasan yang berbeza, pemain kini boleh mengambil Crusaders of Light di mana sahaja, beralih kepada komputer peribadi melalui Gameroom apabila mereka ingin menikmati grafik yang lebih menakjubkan atau mengatasi kandungan yang lebih rumit, dan terus berusaha dalam pencarian mereka dengan menggunakan watak mereka yang sama, sama ada di rumah atau di luar.

Muat turun permainan itu hari ini dari App Store, Google Play, atau Facebook Gameroom dengan melayari:
http://crusadersoflight.link/downloadnow.

Lihat beberapa aksi dalam permainan di dalam sebuah treler baharu di sini:
http://crusadersoflight.link/quicktrailer.

Untuk meraikan pelancaran itu, NetEase telah memulakan Pertandingan Serangan Penjara Bawah Tanah Terpantas, satu pertandingan dalam permainan yang akan menganugerahkan satu pasukan 40 orang dengan hadiah wang tunai sehingga $400,000 -- $10,000 bagi setiap pemain yang layak. Ditetapkan dalam Mod Wiraan Crusaders of Light  Pemusnahan Kubu Penjara Bawah Tanah, pasukan 40 orang itu yang mengalahkan penjara bawah tanah dan kedua-dua ketua mereka dalam masa terpantas di dalam tempoh pertandingan akan membawa pulang hadiah besar. Maklumat lanjut boleh diperolehi di
http://crusadersoflight.com. Sebuah video yang menerangkan butiran mengenai pertandingan itu boleh didapati di sini. Semak di sini untuk peraturan rasmi dan satu senarai negara dan server yang layak.

Crusaders of Light membawa sebuah pengalaman MMORPG yang sepenuhnya ke peranti mudah alih dengan lebih 300 jam permainan sedia ada, serangan melibatkan sehingga 40 pemain, dan mempunyai kedudukan dalam pertempuran arena. Pemain boleh bergandingan dengan rakan-rakan untuk membentuk persatuan, mencabar pemain-pemain legenda, dan melengkapkan pencarian wiraan. Dengan menggunakan sembang suara berintegrasi, pemain boleh menyegerakkan dengan rakan pemain untuk merancang dan melaksanakan serangan epik ke penjara bawah tanah dan menyelaraskan pertempuran arena sehingga 40 lawan 40 bagi meningkatkan tahap dan membuka kunci kepada lebih banyak lagi khazanah rampasan dan pengembaraan. Pemain juga boleh mengasah kemahiran mereka dalam pertempuran arena pemain 1 lawan 1, 3 lawan 3, dan 5 lawan 5.

Sebuah kit media termasuk paparan skrin, sebuah logo, dan rakaman video untuk Crusaders of Light boleh dimuat turun di sini:
http://netease-na.com/for-media/#assets.

Untuk maklumat lanjut mengenai Crusaders of Light, sila layari kami di Facebook:
www.facebook.com/CrusadersMMO, atau ikuti kami di Twitter: twitter.com/crusadersmmo.

Maklumat mengenai NetEase

NetEase, Inc. (NASDAQ:
NTES) adalah sebuah syarikat teknologi internet yang terkemuka di China. Berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan dalam talian yang bertumpu kepada isi  kandungan, komuniti, perhubungan dan perdagangan, NetEase membangun dan mengendalikan sebahagian daripada PC pelanggan dan permainan mudah alih yang paling popular di China, perkhidmatan pengiklanan, perkhidmatan e-mel dan platform e-dagang. Dengan berganding bersama Blizzard Entertainment, Mojang AB (sebuah anak syarikat Microsoft) dan pemaju permainan global yang lain, NetEase juga mengendalikan beberapa permainan dalam talian antarabangsa yang paling popular di China. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://ir.netease.com/.

Hubungi
NetEase Games
Kris Sharbaugh
pr@netease-na.com


Sumber: NetEase, Inc.

No comments:

Post a Comment