Thursday, July 6, 2017

MOODY'S ANALYTICS DAN KUMPULAN AFFIN BANK MEMENANGI ANUGERAH PELAKSANAAN TEKNOLOGI RISIKO KECAIRAN ASIAN BANKER UNTUK TAHUN 2017

SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Moody’s Analytics dan Kumpulan AFFIN Bank ("AFFIN") hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memenangi Anugerah Pelaksanaan Teknologi Risiko Kecairan Asian Banker untuk tahun 2017.

Dengan pelaksanaan perisian RiskAuthority™ dan RiskConfidence™ Moody's Analytics, AFFIN telah meningkatkan kecekapan operasi, keupayaan laporan dan analisis risiko mereka serta mencapai objektif keseluruhan untuk menambah baik keupayaan mengurus pendedahan risiko serta mengukuhkan proses membuat keputusan perniagaan.

"Kami amat berbesar hati untuk menerima anugerah ini dari The Asian Banker, dan untuk berkongsi dengan AFFIN," kata Noah Berliner, Pengarah Urusan di Moody’s Analytics. "Anugerah ini mencerminkan komitmen kami untuk membantu organisasi memenuhi keperluan kepatuhan dan operasi mereka. Perisian kami membolehkan AFFIN menyediakan satu rangka kerja pengurusan risiko yang holistik untuk memacukan perniagaan mereka ke hadapan."

Pelaksanaan perisian Moody’s Analytics menyokong perkembangan urusniaga AFFIN dengan meningkatkan proses automasi dari memuat-naik data sehingga kepada penjanaan laporan. AFFIN telah menggunakan perisian itu untuk mewujudkan satu aliran kerja yang konsisten dan meningkatkan kecekapan operasi.

"Pelaksanaan perisian ini telah menambah baik pengurusan risiko AFFIN, sejajar dengan AFFINITY yang baru dilancarkan — sebuah program transformasi strategik bagi Kumpulan AFFIN Bank," kata Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif di AFFIN Bank Berhad. “Susulan daripada peningkatan dalam keupayaan analisis data yang lebih kerap dan terperinci, AFFIN kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk memantau dan mengurus pendedahan risiko selaras dengan tahap selera risiko, serta melaksanakan kawalan pengesanan awal dan pembetulan, sekiranya perlu. Pelaksanaan platform pengurusan risiko secara menyeluruh ini merangkumi pengurusan risiko aset liabiliti dan untuk memenuhi keperluan kepatuhan serta menambahbaik keupayaan pengurusan had pendedahan pihak balas secara bersepadu di AFFIN.”

"Pelaksanaan perisian itu memudahkan dan menyatakan dengan lebih jelas pengurusan risiko merentasi pelbagai unit perniagaan, di mana ia merupakan asas untuk membina dan memantau budaya risiko yang mantap di AFFIN," tambah Kamarul. "Susulan itu, selera risiko dan pendedahan risiko lebih difahami oleh pelbagai unit perniagaan di AFFIN, dan menghasilkan penyelarasan yang lebih baik serta lebih bersepadu dalam mencapai matlamat bersama."

Klik di sini untuk melayari laman web Moody’s Analytics.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AFFIN.

Maklumat mengenai Moody’s Analytics

Moody’s Analytics menyediakan perkhidmatan kepada pakar pasaran kewangan dan pengurusan risiko di seluruh dunia untuk mengurus secara yakin pelbagai risiko dari persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah. Ia menawarkan perisian tersendiri dan amalan terbaik dalam pengukuran dan pengurusan risiko hasil daripada kepakaran dan pengalaman dalam analisis kredit, penyelidikan ekonomi dan pengurusan risiko kewangan. Dengan menawarkan perisian canggih, khidmat nasihat dan penyelidikan, termasuk analisis proprietari dari Moody’s Investors Service, Moody’s Analytics mengintegrasi dan menyesuaikan tawaran produknya untuk menangani cabaran yang dihadapi pelanggan dari pelbagai bidang perniagaan.

Moody’s Analytics merupakan anak syarikat Perbadanan Moody’s (NYSE: MCO), dengan pendapatan sebanyak $3.6 bilion pada tahun 2016 dan pekerja sejumlah kira-kira 10,600 serta cawangan di 36 buah negara.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di moodysanalytics.com.

Maklumat mengenai AFFIN

Affin Bank Berhad (AFFIN Bank) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

AFFIN Bank menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan individu, perusahaan kecil & sederhana dan korporat. Sasaran bidang perniagaan telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perbankan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Komersil, Perbankan Korporat & Sektor Awam dan Perbendaharaan.

Cogan kata “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan penyingkiran batasan dalam proses-proses Bank dan juga perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh. Perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan sebagai tanda penghargaan dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan. AFFIN Bank berusaha secara berterusan dalam penggunaan kaedah pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFIN Bank juga menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN Islamic), sebuah entiti perbankan Islam penuh yang menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip and undang Syariah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my ataupun kunjungi cawangan AFFIN Bank atau AFFIN Islamic yang terdekat.

Hubungi
Moody’s Analytics
Justin Bursztein, +1-212-553-1163
justin.bursztein@moodys.com

Sumber: Moody’s Analytics

No comments:

Post a Comment