Friday, July 7, 2017

MIDEA BERUSAHA UNTUK MENCAPAI INOVASI KERJASAMA GLOBAL

SHANGHAI, China, 7 Julai, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Sidang Kemuncak G20 2017 akan bermula di Hamburg pada 7 Julai. Sidang kemuncak ini yang bertemakan "Membentuk sebuah Dunia yang Saling Berhubungan", yang meneruskan subjek mengenai membangunkan sebuah ekonomi dunia yang terbuka yang ditetapkan pada Sidang Kemuncak G20 2016 di Hangzhou. Dengan berlatar-belakangkan perkara ini, China dan Jerman telah secara aktif menjalankan kerjasama yang berinovatif dan sebuah rangkaian kerjasama berinovasi yang meliputi perusahaan, kolej dan universiti, kerajaan dan institusi penyelidikan saintifik di antara kedua-dua negara sedang secara beransur-ansur dibentuk.
 
Perusahaan China yang diwakili oleh Kumpulan Midea bertindak sebagai pemacu inovasi yang muktamad sepanjang tempoh itu. Pada Januari tahun ini, Midea menjadi pemegang saham utama bagi KUKA AG, sebuah syarikat robot yang terkemuka di dunia, dengan kepentingan kira-kira 95%. Pada akhir April, Pusat R&D dan Inovasi Eropah (RDICE) di Midea telah diumumkan dibuka di Graz, Austria; sementara, Pusat Teknologi Baru Muncul (ETC) mereka telah mengadakan majlis perasmian mereka yang diadakan di San Jose di Lembah Silikon, Amerika Syarikat dan telah secara rasmi memulakan operasi. Perubahan ini meyakinkan pasaran bahawa Midea telah membuat satu lompatan kukuh dengan bergantung kepada keupayaan inovasi dan corak terbuka mereka yang dipupuk semasa globalisasi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10194

No comments:

Post a Comment