Monday, July 31, 2017

VISTAJET MELANCARKAN PLATFORM DIGITAL BAHARU KETIKA PECUTAN PERTUMBUHAN DI CHINA

VistaJet menubuhkan pasukan dan melancarkan laman web Cina berikutan permintaan penumpang


Untuk tempoh enam bulan hingga 30 Jun 2017:
  • Jualan Keahlian Program meningkat secara global dengan rekod 57% ketika pengekalan pelanggan mencapai 91% di semua rantau.
  • 12% peningkatan tahun ke tahun bagi pelepasan penumpang dari China
  • Kadar pembaharuan pelanggan 100% di Tanah Besar China pada separuh pertama tahun 2017
  • Laman web VistaJet Cina dilancarkan di www.vistajet.cn


HONG KONG, 31 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet terus meningkatkan pertumbuhannya di China dan menunjukkan komitmen kepada rantau ini dengan memperluaskan pasukannya dan melancarkan laman web bahasa Cina. Ini berikutan peningkatan minat daripada pelancaran platform tempahan WeChat yang dilancarkan pada bulan April.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ad9eb7bd-25fd-42a3-a217-8ca72c35e18e

Infrastruktur global USD 2.5 bilion VistaJet menunjukkan komitmen syarikat untuk menyediakan penyelesaian penerbangan perniagaan utama bagi pemimpin korporat, kerajaan dan UHNWI. Di samping itu, rancangan pengembangan di China sedang ditujukan untuk mewujudkan pengalaman penerbangan yang lancar untuk pelanggan Cina yang semakin berteknologi tinggi.

Syarikat melancarkan perkhidmatan tempahan WeChat pada bulan April 2017, yang membolehkan pelanggan mengakses rangkaian pesawat VistaJet yang mempunyai lebih daripada 70 buah pesawat milik penuh dan berjenama secara secaman di seluruh dunia, berhubung dengan pasukan global 24/7 untuk menempah penerbangan mereka daripada telefon bimbit mereka dan memastikan pelanggan menerima maklumat langsung, secara terus daripada perniagaan dan tanpa penangguhan.

Ini adalah tempoh pertumbuhan pelanggan yang baru untuk perniagaan. Jualan Program Keahlian VistaJet terus memecut dengan pertumbuhan 57% tahun ke tahun di seluruh dunia, sementara pengekalan pelanggan global mencapai 91%. China adalah salah satu pasaran yang paling pesat berkembang bagi syarikat itu, dengan peningkatan separuh tahun pertama sebanyak 12% bagi lalu lintas penumpang yang berlepas dari negara ini, dan keuntungan 14% bagi penumpang yang tiba. VistaJet juga telah menjual lebih daripada 6,000 jam baru langganan tahunan di seluruh dunia pada separuh pertama 2017 sahaja.

Jam pembaharuan syarikat telah meningkat tiga kali ganda pada separuh pertama tahun ini, dengan bilangan pelanggan Program baharu meningkat sebanyak 61% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Dengan model perniagaan unik yang menawarkan pelanggan akses kepada pesawat lengkapnya tanpa risiko aset, pasukan Asia memperoleh 100% kadar pembaharuan pelanggan di Tanah Besar China.

Leona Qi, Presiden VistaJet Asia berkata: "Ini tidak dapat dinafikan adalah masa yang baik untuk membina permintaan yang kami alami dari seluruh dunia. Seperti semua pelanggan kami, pelanggan China menuntut pengalaman penerbangan yang ditempah yang sempurna serta menarik dan yang bermula lama sebelum tempahan pertama dibuat. Ini adalah nilai yang VistaJet tawarkan kepada semua pelanggannya, dan tumpuan kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka."

"Sebagai sebuah syarikat penerbangan global yang sebenar, menjadi global bermakna pemahaman dan layanan terhadap citarasa dan keperluan budaya yang unik bagi setiap negara. Pelancaran sistem tempahan WeChat kami dan laman web berbahasa Cina yang khusus menunjukkan komitmen mutlak kami untuk mewujudkan pengalaman perjalanan yang tiada tandingan dan disesuaikan," tambah Qi.

* Pernyataan dalam siaran ini hanya berdasarkan maklumat yang ada pada tarikh siaran ini, bukan pernyataan komprehensif bagi keputusan atau kedudukan kewangan syarikat pada atau untuk tahun fiskal 2017 dan belum diaudit, dikaji semula atau disusun oleh firma perakaunan berdaftar bebas. Oleh itu, maklumat kewangan dalam siaran ini adalah permulaan, tidak diaudit dan tertakluk kepada semakan apabila selesai proses penutupan dan audit syarikat. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa maklumat yang terkandung di dalam ini, kecuali untuk apa-apa maklumat yang diperlukan untuk didedahkan oleh undang-undang.

Ketahui lebih lanjut mengenai VistaJet China di www.vistajet.cn

Mengenai VistaJet 

VistaJet adalah syarikat yang pertama dan satu-satunya syarikat penerbangan global. Dengan kumpulan pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan pelanggan syarikat, kerajaan dan pelanggan peribadi ke 187 buah negara di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh En. Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaan yang inovatif, iaitu pelanggan hanya membayar untuk masa penerbangan, bebas daripada tanggungjawab dan risiko aset yang dikaitkan dengan pemilikan pesawat. Perkhidmatan Program VistaJet yang tersendiri menawarkan langganan jam penerbangan untuk kumpulan pesawat jet jarak sederhana dan jauh untuk menerbangkan pelanggan ke mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

VistaJet China adalah nama perdagangan VJCN (Beijing) Aviation Consulting Co., Ltd. VistaJet China bukan pengendali pesawat langsung atau tidak langsung. Pesawat berdaftar China yang diselaraskan dan diatur oleh VistaJet China secara rasmi berdaftar dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Cina dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan udara Cina yang berlesen.

Lebih banyak maklumat dan berita VistaJet International di vistajet.com.

Maklumat

Amy Yang
VistaJet International
T: +852 2901 0502
M: +852 9080 3985
amy.yang@vistajet.com

Jane Mok
Artemis Associates
T:  +852 2861 3274
M: +852 9676 9366
jane.mok@artemisassociates.com

SUMBER : VistaJet Ltd

No comments:

Post a Comment