Wednesday, July 26, 2017

GOODPACK MEMILIH PLATFORM PERANCANGAN DAN ANALISIS RANTAIAN BEKALAN TERMAJU ANTUIT UNTUK MEMAKSIMUMKAN PULANGAN PADA ASET

NEW YORK, 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Goodpack, sebuah pemimpin dunia di dalam kontena pukal perantara keluli (IBC), telah memilih platform Perancangan dan Analisis Rantaian Bekalan Termaju Antuit untuk memaksimumkan pulangan aset dengan meningkatkan ketersediaan kontena dan mengurangkan kos keseluruhan dalam menawarkan perkhidmatan.
 
"Kami kagum dengan kepakaran domain dan keupayaan Antuit untuk menunjukkan kesan positif pada analisis lanjutan terhadap perniagaan kami," kata Ketua Pegawai Maklumat Goodpack Kenneth Hee. "Saya yakin bahawa platform Antuit akan mengubah perancangan rantaian bekalan kami untuk menjadi sebuah pemboleh pemacu data, perniagaan strategik yang berpusatkan pelanggan."
 
"Walaupun terdapat banyak perbincangan tentang kecerdasan buatan dan bagaimana ia dapat memaksimumkan nilai di dalam rantaian bekalan, sangat sedikit syarikat telah mengambil langkah-langkah penting untuk memanfaatkannya," jelas Siva Lakshmanan, Naib Presiden Kanan dan peneraju amalan rantaian bekalan digital global di Antuit. "Goodpack memandang rantaian bekalan mereka sebagai sebuah pembeza utama di pasaran, dan memahami bahawa analisis termaju boleh membuka kunci kepada nilai sebenar rantaian bekalan mereka."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10245

No comments:

Post a Comment