Wednesday, July 12, 2017

BROADSOFT MENGUMUMKAN CONNECTIONS 2017 'RETHINK INNOVATION' - PERSIDANGAN PENGGUNA KOMUNIKASI GABUNGAN SEBAGAI PERKHIDMATAN (UCAAS) GLOBAL TERBESAR DI DUNIA

  • Acara berlangsung pada 22-25 Oktober 2017 di Phoenix, Arizona bagi tahun ke-15
  • Menghimpunkan pakar UCaaS terkemuka di dunia - pembuat keputusan pembekal perkhidmatan kanan, penganalisis industri, akhbar teknologi dan pihak yang mempengaruhi pasaran.
  • Tema persidangan 'Rethink Innovation' akan meneroka strategi transformasi digital penyedia perkhidmatan amalan terbaik dan kolaborasi awan perniagaan

GAITHERSBURG, Md., 12 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ: BSFT), peneraju pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi gabungan (UCaaS), dan pembekal kolaborasi dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), mengumumkan bahawa persidangan pengguna tahunannya, BroadSoft Connections 2017, akan diadakan pada 22-25 Oktober 2017 di Phoenix, Arizona.

Persidangan itu menghimpunkan lebih daripada 1,500 tetamu setiap tahun, termasuk pelanggan penyedia perkhidmatan BroadSoft dan saluran serta rakan kongsi teknologi dari seluruh dunia, bersama-sama penganalisis industri terkenal, akhbar dan pihak yang memperngaruhi pasaran sosial untuk berkongsi strategi amalan terbaik yang akan mendorong sempadan komunikasi perniagaan semasa dan membentuk masa depan kerja.

Meraikan ulang tahun ke-15, dan sekali lagi telah menepati sasaran rekod kehadiran, tema BroadSoft Connections 2017 adalah 'rethink innovation’ (memikirkan semula inovasi). Menurut Kaji Selidik Perniagaan Tahunan Global BroadSoft1, pengambilan UCaaS akan melonjak sebanyak 45% menjelang tahun 2020, dan laporan McAfee2 baru-baru ini juga mendapati bahawa dalam masa 15 bulan, 80% daripada semua belanjawan IT akan komited terhadap penyelesaian awan. Memikirkan semula inovasi akan meneroka pemindahan ke awan komunikasi bersatu untuk meningkatkan prestasi perniagaan dan mendigitalkan perjalanan pelanggan bagi mengurangkan perbelanjaan, pelaksanaan dan kerumitan sokongan.

“BroadSoft mempercepatkan perkembangan teknologi sebagai tindak balas terhadap peningkatan pembekal perkhidmatan dan permintaan pelanggan. Walaupun ia telah matang setelah beberapa tahun, syarikat terus memupuk budaya keusahawanan inovasi yang pesat,” ujar Elka Popova dari Frost and Sullivan mengenai acara tahun lepas. “Ekosistem BroadSoft berkemungkinan akan membantu BroadSoft dan rakan pembekalnya untuk lebih kompetitif dalam pasaran yang berkembang pesat ini.”

“Perkembangan dalam awan, kebolehgerakan dan kepintaran sememangnya mencabar penyedia perkhidmatan untuk mencipta semula model perniagaan mereka,” kata Taher Behbehani, ketua pegawai digital dan pemasaran, BroadSoft. “Kami hidup untuk meningkatkan komunikasi perniagaan dan itulah yang BroadSoft Business mampu lakukan dengan penyelesaian bersepadu awan PBX, UC, kerjasama aliran kerja dan aplikasi pusat hubungan.”

Connections 2017 akan memberi peluang kepada pelanggan penyedia perkhidmatan BroadSoft dan rakan kongsi saluran untuk berinteraksi dengan rakan niaga dan eksekutif dari seluruh dunia, mendengar daripada penganalisis terkemuka dan mempelajari rancangan BroadSoft untuk mencipta semula produktiviti perniagaan, kerjasama pasukan dan penglibatan pelanggan. Penaja acara termasuk Cisco, Edgewater Networks, Grandstream dan Yealink.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai BroadSoft Connections, klik di sini.

1 Annual BroadSoft Global Business Survey, 2016
McAfee Building Trust in a Cloudy Sky Report, 2017

Mengenai BroadSoft

Broadsoft adalah penginovasi teknologi dalam komunikasi gabungan awan (UCaaS), kolaborasi pasukan, dan penyelesaian pusat hubungan (CCaaS) untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan di 80 buah negara. Kami adalah peneraju pasaran saham untuk komunikasi gabungan awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 penyedia perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. Suit aplikasi BroadSoft Business kami memperkasakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan berkerja untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk maklumat lanjut, lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | Work It!


Butiran Hubungan Media

Terry Alberstein
Navigate Communication
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au

Niaobh (Neve) Levestam
BroadSoft
+44 7919 605660
nlevestam@broadsoft.com

SUMBER : BroadSoft, Inc.

No comments:

Post a Comment