Friday, July 7, 2017

NTT COMMUNICATIONS DAN ARKADIN DIBERI PENGIKTIRAFAN DALAM ANUGERAH ICT FROST & SULLIVAN ASIA PASIFIK

TOKYO, 7 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), dan Arkadin, sebuah syarikat NTT Communications dan pemimpin pasaran di dalam perkhidmatan awam Komunikasi dan Kerjasama Disatukan, hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua mereka telah menerima Anugerah ICT Frost & Sullivan Asia Pasifik 2017.
 
NTT Com telah diiktiraf sebagai Penyedia Terbaik Tahun Berkenaan untuk Penyelesaian Total bagi Frost & Sullivan Asia Pasifik 2017 UC-sebagai-satu-Perkhidmatan, dan Penyedia Terbaik Tahun Berkenaan bagi Perkhidmatan Pusat Data Telco Frost & Sullivan Asia Pasifik 2017, dan Arkadin telah diiktiraf sebagai Pembekal Perkhidmatan Kerjasama Terbaik Frost & Sullivan Asia Pasifik 2017, tahun kelima berturut-turut yang menyaksikan Arkadin dinamakan di dalam kategori ini. Keputusan itu diumumkan pada Anugerah ICT Frost & Sullivan Asia Pasifik 2017 di Singapura pada 6 Julai.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10198

No comments:

Post a Comment