Wednesday, July 12, 2017

BROADSOFT DIANUGERAHKAN TELEFONI DIHOSKAN DAN PENYEDIA PLATFORM PERKHIDMATAN UCC ASIA PASIFIK FROST & SULLIVAN 2017 TAHUN INI

  • Anugerah Mengiktiraf Kepimpinan Komunikasi Gabungan (UC) di Rantau Asia Pasifik
  • BroadSoft Terpilih Untuk Dua Tahun Berturut-turut dalam Kategori
  • Para pemenang diumumkan di Anugerah ICT Asia Pasifik pada 5 Julai di Singapura.

GAITHERSBURG, Md. dan SINGAPURA, 12 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc.(NASDAQ:BSFT) peneraju pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi bersatu (UCaaS), dan penyedia kolaborasi dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), mengumumkan bahawa syarikat itu dipilih oleh firma penyelidikan global Frost & Sullivan sebagai Telefoni Dihoskan dan Penyedia Platform Perkhidmatan UCC Asia Pasifik Tahun Ini, untuk tahun kedua berturut-turut.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3a2675cf-cc0c-4c0b-9861-d58d23220461

Anugerah tersebut adalah sebahagian daripada Program Amalan Terbaik 2017 Frost Sullivan, Anugerah ICT Asia Pasifik yang mengiktiraf syarikat di seluruh rangkaian pasaran serantau dan global bagi kepimpinan unggul, inovasi teknologi, khidmat pelanggan dan pembangunan produk strategik. Pasukan penganalisis industri Frost & Sullivan menanda aras peserta pasaran dan mengukur prestasi mereka melalui temu bual bebas dan utama, serta penyelidikan industri sekunder untuk menilai dan mengenal pasti amalan terbaik.

“Sebagai peneraju pasaran global, kami amat berbesar hati untuk menerima pengiktirafan ini daripada Frost & Sullivan,” kata Jonathan Reid, pengarah urusan Asia Pasifik dan Pasaran Baru Muncul, BroadSoft. “Kami percaya portfolio BroadSoft Business kami semakin diterima di pasaran, dan kami akan terus menumpukan perhatian dalam membantu rakan-rakan penyedia perkhidmatan kami untuk berjaya dan mengembangkan penawaran perkhidmatan UC awan mereka.”

BroadSoft pertama kali menubuhkan operasi komersial di rantau Asia Pasifik di Australia/New Zealand pada tahun 2002 dan memiliki banyak syarikat telekomunikasi peringkat pertama dan pencabar sebagai rakan kongsi di rantau ini. Pada tahun lepas, BroadSoft telah mengumumkan pengembangan ketara dengan penyedia perkhidmatan di rantau ini, termasuk Telstra, Optus, Vocus dan Nifty Corporation bagi Fujitsu merentasi portfolio BroadSoft BusinessBroadSoft Business, adalah portfolio bersepadu penuh bagi komunikasi bersepadu awan, kerjasama pasukan dan aplikasi pusat hubungan bagi perusahaan sedia yang dihantar dalam awan.

“Bagi pihak Frost dan Sullivan, saya mengucapkan tahniah kepada BroadSoft sebagai penerima ulangan Telefoni Dihoskan dan Penyedia Platform Perkhidmatan UCC kami bagi Tahun 2017. Syarikat itu telah menunjukkan momentum yang kuat di rantau ini pada tahun lepas dan hubungan mereka serta pengembangan produk dengan penyedia perkhidmatan di rantau ini adalah sangat kukuh. Panel penghakiman kami menganggap BroadSoft sedang mengukuhkan kedudukan pasarannya di rantau ini, termasuk  pelancaran perkhidmatan BroadCloud dalam beberapa pasaran, dan akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan UC yang baru dan diperluaskan oleh penyedia perkhidmatan yang menggunakan teknologi BroadSoft,” kata Manoj Menon, Rakan Kongsi Kanan & Pengarah Urusan, Frost and Sullivan Asia Pasifik.

Mengenai Frost & Sullivan:

Frost & Sullivan Frost & Sullivan, Syarikat Perkongsian Pertumbuhan, membolehkan pelanggan mempercepatkan pertumbuhan dan mencapai kedudukan kelas terbaik dalam pertumbuhan, inovasi dan kepimpinan. Perkhidmatan Perkongsian Pertumbuhan syarikat memberikan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pasukan Pertumbuhan Ketua Pegawai Eksekutif penyelidikan berdisiplin serta model amalan terbaik untuk memacu generasi, penilaian dan pelaksanaan strategi pertumbuhan yang kukuh.

Frost & Sullivan memanfaatkan lebih daripada 50 tahun pengalaman dalam bekerjasama dengan 1000 syarikat Global, perniagaan yang baru muncul dan komuniti pelaburan daripada lebih 40 buah pejabat di enam benua. Untuk menyertai Rakan Kongsi Pertumbuhan kami, sila lawati http://www.frost.com.

Mengenai BroadSoft:

Broadsoft adalah penginovasi teknologi dalam komunikasi bersepadu awan, kolaborasi pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan di 80 buah negara. Kami adalah peneraju pasaran saham bagi komunikasi gabungan awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 penyedia perkhidmatan terbaik di dunia mengikut pendapatan. Suit aplikasi BroadSoft Business kami memperkasakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan berkerja untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk maklumat lanjut, lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | Work It!

Hubungan Media:
APAC
Terry Alberstein
Navigate Communication for BroadSoft APAC
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au

SUMBER : BroadSoft, Inc.

No comments:

Post a Comment