Tuesday, July 11, 2017

DOLE FOOD COMPANY, INC. MENGUMUMKAN PENERIMAAN KEPERLUAN PERSETUJUAN DAN HABIS TEMPOH BAGI PENGESAHAN PERSETUJUAN BERKAITAN DENGAN 7.25% NOTA BERCAGAR SENIOR MEREKA YANG AKAN MATANG PADA 2025

WESTLAKE VILLAGE, Calif., 10 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dole Food Company, Inc. ("Dole") hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima persetujuan yang diperlukan ("Keperluan Persetujuan") berkenaan dengan pengumuman pengesahan persetujuan yang diumumkan sebelum ini ("Pengesahan Persetujuan") mengenai pindaan tertentu ("Pindaan") kepada Indentur, bertarikh pada 6 April 2017, di antara Dole, pihak penjamin dan Wilmington Trust, National Association, sebagai pemegang amanah ("Pemegang Amanah"), yang mentadbir 7.25% Nota Bercagar Senior yang matang pada 2025 ("Nota") ("Indentur"), mengikut syarat-syarat dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Kenyataan Pengesahan Persetujuan, yang bertarikh 26 Jun 2017 ("Kenyataan Pengesahan Persetujuan").

Pengesahan Persetujuan itu tamat tempoh pada pukul 5 petang, waktu Bandar Raya New York, pada 6 Julai 2017 ("Masa Tamat Tempoh"). Yuran Persetujuan (sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Kenyataan Pengesahan Persetujuan) akan dibayar kepada pemegang Nota yang secara sah menyerahkan dan tidak membatalkan Persetujuan (seperti yang ditakrifkan di dalam Kenyataan Pengesahan Persetujuan) sebelum Masa Tamat Tempoh apabila persetujuan atau penepian syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Kenyataan Pengesahan Persetujuan di bawah "Pengesahan Persetujuan—Syarat-syarat kepada Penerimaan Persetujuan oleh Kami dan Pembayaran Yuran Persetujuan," termasuk, tanpa had, penyempurnaan IPO yang Layak (seperti yang ditakrifkan di dalam Indentur).

Dole bercadang untuk melaksanakan satu indentur tambahan bagi memberi kesan kepada Pindaan itu ("Indentur Tambahan Pertama"). Indentur Tambahan Pertama itu mengikat kesemua pemegang Nota dan penerima pindahan mereka, termasuk mereka yang tidak memberikan persetujuan mereka.

Ejen Solisitasi berhubung dengan mendapatkan Pengesahan Persetujuan itu adalah Morgan Stanley & Co. LLC. Soalan-soalan berhubung pengesahan persetujuan itu boleh diarahkan kepada Morgan Stanley & Co. LLC, Perhatian: Kumpulan Pengurusan Liabiliti di (800) 624-1808 (bebas tol) atau (212) 761-1057. Global Bondholder Services Corporation berkhidmat sebagai Ejen Maklumat dan Ejen Tabulasi berkaitan dengan Pengesahan Persetujuan itu. Permintaan untuk salinan tambahan bagi Kenyataan Pengesahan Persetujuan hendaklah diarahkan kepada Ejen Maklumat di (866) 470-3900 (bebas tol), (212) 430-3774 (bank dan broker) (pungutan) atau contact@gbsc-usa.com.

Pengumuman ini bukanlah satu tawaran untuk membeli atau meminta tawaran bagi membeli mana-mana sekuriti. Pengesahan persetujuan itu dibuat semata-mata oleh Kenyataan Pengesahan Persetujuan dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalamnya.

No comments:

Post a Comment