Friday, July 14, 2017

MADISON REALTY CAPITAL MENYEDIAKAN $270.0 JUTA PINJAMAN PEMBINAAN UNTUK PEMBANGUNAN PENGGUNAAN CAMPURAN DI BEKAS TAPAK KILANG BIR RHEINGOLD DI BUSHWICK

NEW YORK, 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Madison Realty Capital (MRC), sebuah firma pelaburan hartanah yang disokong institusi yang memberi tumpuan kepada ekuiti hartanah dan pelaburan hutang di pasaran pertengahan, telah menyediakan sebuah pinjaman pembinaan berjumlah $270.0 juta bagi sebuah projek pembangunan utama di bekas tapak Kilang Bir Rheingold di Bushwick, Brooklyn. All Year Management, sebuah peminjam berulang dengan beberapa projek sebelum ini yang dibiayai oleh MRC, sedang membangunkan dua bangunan berasingan yang terdiri daripada lebih 1 juta kaki persegi, dengan 911 unit kediaman, 20,650 kaki persegi ruang peruncitan, dan 533 tempat letak kereta.

MRC sebelum ini menyediakan sebuah pinjaman penyambung untuk pemerolehan tapak dan prapembangunan, dan kini menyediakan pembiayaan pembinaan penuh bagi projek itu. Pemaju tersebut mempunyai kesemua kelulusan yang diperlukan dari Jabatan Bangunan NYC dan Pemeliharaan & Pembangunan Perumahan NYC, dan pembinaan sudah berjalan dengan baik.

"Urus niaga ini memberikan satu peluang yang baik untuk MRC. Kami tahu peminjam itu dengan baik, setelah membiayai beberapa projek sebelum ini untuk mereka, dan kami tahu Bushwick dengan baik daripada pelaburan kami sebelum ini di kawasan itu," kata Josh Zegen, Pengasas bersama dan Pengurus Utama MRC. "Kelulusan sudah sedia ada, pembinaan berjalan dengan baik, dan peminjam telah melaburkan ekuiti yang signifikan ke dalam pembangunan itu. Kami percaya bahawa projek berprofil tinggi dan besar ini akan menjadi satu kejayaan dan kami gembira kerana dapat memainkan satu peranan utama di dalam menyediakan pembiayaan pembinaan."

Pembangunan itu terletak di 123 Jalan Melrose dan 54 Jalan Noll di Bushwick, kedua-duanya merupakan sebahagian daripada bekas kompleks Kilang Bir Rheingold. Di bangunan 54 Noll, pembinaan berjalan lancar, kesemua tingkap hampir dipasang sepenuhnya, dan pembingkaian sedang dijalankan.
Asas bagi bangunan Melrose 123 telah disiapkan, dan konkrit sedang dituang untuk tingkat-tingkat bawah. Tapak itu mempunyai faedah cukai 421a dan bahagian kediaman bagi pembangunan itu termasuk sebuah komponen yang mampu dimiliki.

Maklumat mengenai Madison Realty Capital (MRC)

MRC adalah sebuah firma pelaburan hartanah yang berpangkalan di New York yang mengusahakan ekuiti hartanah dan pelaburan hutang di pasaran pertengahan. Ditubuhkan pada tahun 2004, MRC telah melabur dalam kira-kira $6.0 bilion urus niaga di dalam sektor berbilang keluarga, runcit, pejabat, perindustrian dan perhotelan.

Hubungi
Pertanyaan Media
Great Ink Communications: 212-741-2977
Tom Nolan – 
tom@greatink.com
atau
Eric Waters – 
eric.waters@greatink.com


Sumber: Madison Realty Capital

No comments:

Post a Comment