Thursday, July 6, 2017

TOSHIBA AKAN MEMULAKAN PENGELUARAN BESAR-BESARAN BAGI IC KELUARGA ALAT PEMPROSES APP LITE™ BAGI APLIKASI PERANTI BOLEH PAKAI

TOKYO, 6 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan bahawa pengeluaran besar-besaran telah dimulakan untuk TZ1201XBG, penambahan terbaharu kepada barisan alat pemproses aplikasi ApP LiteTM untuk peranti IoT, termasuk peranti boleh pakai.

Pemproses grafik TZ1201XBG yang padat itu diasaskan pada alat pemproses ARM® Cortex®-M4F 32-bit yang berprestasi tinggi yang mampu beroperasi pada 96MHz (sehingga 120MHz dengan pacu lebih). Menggabungkan teras ARM dengan pengurusan kuasa atas cip memberikan TZ1201XBG penggunaan kuasa rendah 70μA / MHz dalam mod aktif. Dengan sebuah bateri 350mAh dan sebuah paparan terus menerus membolehkan tempoh di sekitar satu bulan bagi antara caj di dalam aplikasi jam yang mempunyai paparan saat - dan dua bulan untuk jam yang mempunyai paparan minit.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10191

No comments:

Post a Comment