Monday, July 3, 2017

TOSHIBA LANCAR AMPLIFIER PENGENDALIAN CMOS DENGAN BUNYI RENDAH YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI

TOKYO, 29 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO:6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TC75S67TU," sebuah amplifier pengendalian baharu yang merealisasikan bunyi rendah yang terkemuka di dalam industri[1]. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan pada Ogos.

Dengan perkembangan pasaran IoT, permintaan semakin meningkat untuk amplifier pengendalian yang bunyi rendah untuk menguatkan isyarat kecil yang dikesan oleh sensor[2].  IC baharu Toshiba itu mengoptimumkan proses untuk merealisasikan voltan bunyi yang setara dengan input rendah yang terkemuka di dalam industri, dan sesuai untuk litar sensor analog bahagian hadapan (AFE). Di samping, IC baharu itu mengawal arus bias yang rendah dengan mengguna pakai proses CMOS, yang membantu memperluas[3]  masa operasi bagi bateri untuk peranti IoT kecil.
 
Aplikasi
 Menguatkan isyarat kecil daripada pelbagai jenis sensor
 Modul IoT, HDD, modul sensor, komputer Notebook, peralatan rumah
 
 
Ciri-ciri
 Voltan bunyi input setara yang rendah:
  VNI=16nV/√Hz (jenis)@f=10Hz, Rs=100Ω, Rf=100kΩ, VDD=2.5V
  VNI=6nV/√Hz (jenis)@f=1kHz, Rs=100Ω, Rf=100kΩ, VDD=2.5V
 Bekalan kuasa arus rendah: IDD=430μA(jenis)@VDD=2.5V
 Operasi voltan rendah: VDD=2.2V to 5.5V
 

Nota:
[1] Setakat 29 Jun, 2017. Kajian Toshiba.
[2] Pelbagai sensor: termasuk gegaran, kejutan, pecutan, tekanan, cahaya inframerah dan sensor suhu
[3] Berbanding dengan amplifier pengendalian jenis bipolar Toshiba.

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu.
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC75S67TU®ion=apc&lang=en

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barisan amplifier Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/opamp-and-comparator/opamp.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. 

No comments:

Post a Comment