Wednesday, July 5, 2017

TIGA FIRMA IT BEKERJASAMA BAGI MENYOKONG PKS

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) –  Tiga firma merangkumi syarikat teknologi maklumat (IT) pemasaran web dan perkhidmatan reka bentuk telah bekerjasama bagi menyediakan penyelesaian sokongan perniagaan dalam talian untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Syarikat-syarikat berkenaan ialah Operion E-Commerce & Software Sdn Bhd, Veecotech Enterprise dan OneStudio Graphics, mereka mempunyai gabungan pengalaman selama 22 tahun.

Pemilik Operion E-Commerce & Software, Lukas Tan dalam satu kenyataan berkata, perniagaan dalam talian tidak hanya terhad kepada IT, komputer, komunikasi Internet, pengiklanan dalam talian dan jualan.

"Perniagaan dalam talian adalah sebahagian daripada hampir setiap perniagaan yang berjaya di peringkat global," katanya.

Veecotech, telah bekerjasama dengan pasukan jurutera IT yang berdedikasi bagi menyediakan perkhidmatan reka bentuk laman web dan pembangunan laman web e-dagang untuk lebih dari enam tahun.

Ketiga-tiga syarikat itu telah menandatangani perjanjian untuk membentuk sebuah syarikat usaha sama yang baru, Rainmakers.

Mereka telah berjaya membantu beberapa pelanggan perniagaan dalam menyelesaikan dan meningkatkan teknologi serta operasi pemasaran dalam talian sebelum menandatangani perjanjian berkenaan.

Rainmakers juga berhasrat untuk menumpukan sumber bagi membangunkan dan menyokong sebanyak lapan syarikat-syarikat yang berpotensi di Pulau Pinang pada tahun ini.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment