Thursday, May 30, 2019

KERJASAMA ANTARA EFINIX® DAN M31 TECHNOLOGY CORPORATION MEMENUHI KEPERLUAN PENGKOMPUTERAN PINGGIR AI BAHARU

SANTA CLARA, California dan HSINCHU, Taiwan, 30 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix®, inovator dalam platform produk dan teknologi boleh program dan M31 Technology Corporation (kod saham Taiwan: 6643), penyedia Harta Intelek (IP) silikon global hari ini mengumumkan kerjasama teknologi untuk memenuhi permintaan bagi keperluan pengkomputeran pinggir AI baharu.
 
Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, MIPI D-PHY RX dan TX IP M31 telah disepadukan dalam platform FPGA Trion® Efinix dengan jayanya. Penyepaduan itu menyediakan berbilang set pautan sehala - sehingga enam Gbps setiap pautan - memberikan antara muka jalur lebar tinggi untuk pelbagai pasaran FPGA dipacu AI generasi seterusnya seperti HMI dan paparan, kamera langkau masa, automotif, kamera pengawasan, visi mesin, perubatan dan kamera inframerah.
 
“Hasil kerjasama dua tokoh teknologi baharu, Efinix dan M31, ialah rangkaian FPGA pertama yang menampilkan MIPI D-PHY dengan pengawal CSI-2 terbina dalam tanpa royalti, iaitu antara muka kamera paling popular yang digunakan dalam industri mudah alih,” kata Ming Ng, SVP operasi dan aplikasi Efinix. “Disebabkan penyepaduan teknologi kami, pelanggan kami mempunyai lebih elemen logik yang boleh digunakan untuk inovasi video, kamera dan sensor.”
 
“Seperti MIPI D-PHY RX dan TX, semua IP M31 (seperti USB1.1 hingga USB3.2, PCIe G2 hingga G3, serta MIPI M-PHY) adalah teras IP antara muka yang terbukti silikon di pelbagai faundri dan nod proses,” kata Allen Sha, presiden M31 AS. “Kami berbesar hati melihat Efinix menerima M31 IP dalam penyelesaian FPGA mereka bagi aplikasi kamera mudah alih.”
 
Aplikasi AI pada pinggir memerlukan prestasi tinggi, kuasa rendah dan pengalaman fungsi yang boleh digunakan dengan segera. FPGA Trion dengan MIPI menawarkan fleksibiliti, kuasa rendah, faktor bentuk kecil dan kos rendah tanpa menjejaskan prestasi. Dengan berbilang saluran MIPI TX dan RX, FPGA Trion boleh menjadi hab sistem dengan berbilang kamera dan sensor. Dengan pengawal CSI-2 kukuh terbina dalam, pereka bentuk AI boleh menggunakan semua sumber FPGA untuk mencipta reka bentuk.
 
Produk bersepadu yang diumumkan hari ini telah pun digunakan dalam aplikasi pelanggan yang menampilkan kamera sensor visi dengan keupayaan seperti 3D, pengesanan kedalaman, HDR, 180 darjah dan pemandangan sekeliling.
 
Persidangan Automasi Reka Bentuk
Minggu hadapan, Efinix akan mempamerkan platform FPGA uniknya di Persidangan Automasi Reka Bentuk (DAC) yang diadakan di Las Vegas pada 2-6 Jun. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyertaan Efinix di DAC, layari: https://www.efinixinc.com/dac2019.
 
Perihal Efinix
Efinix, merupakan inovator dalam produk yang boleh diprogram, memacu masa depan pengkomputeran AI maju dengan platform Trion™ FPGA. Teras Trion FPGA adalah teknologi Quantum™ FPGA disruptif. Efinix yang memberikan kelebihan 4X Kuasa-Prestasi-Kawasan terhadap teknologi FPGA tradisional. Trion FPGA, yang menawarkan elemen logik 4K hingga 200K, mempunyai faktor bentuk kecil, kuasa rendah, dan harga berpatutan untuk pengeluaran berkapasiti tinggi. Persekitaran Pembangunan Bersepadu Efinity® kami menyediakan suite reka bentuk FPGA lengkap dari RTL ke arus data binari. Dengan kelebihan Kuasa-Prestasi-Kawasan ini, Trion FPGA menangani aplikasi seperti logik tersuai, kiraan pecutan, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam. Melalui Efinity, para pelanggan kami dengan mudahnya boleh memindahkan FPGA atau sistem penuh ke dalam Quantum ASIC untuk pengeluaran berkapasiti amat tinggi.
 
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.efinixinc.com.
 
Perihal M31 Technology Corporation
M31 Technology Corporation ialah penyedia harta intelek (IP) silikon profesional. Syarikat tersebut ditubuhkan pada Oktober 2011 dengan ibu pejabat di Hsinchu, Taiwan. Kekuatan M31 ialah R&D dan perkhidmatan pelanggan. Dengan pengalaman meluas dalam bidang pembangunan IP, reka bentuk IC dan automasi reka bentuk elektronik, M31 fokus terhadap menyediakan penyelesaian IP antara muka kelajuan tinggi, pengkompilasi memori, pustaka sel standard dan pustaka ESD/IO. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.m31tech.com.
 
Hubungan:
Steve Stratz
Hubungan Awam Relevanz untuk Efinix
206.300.9134
steve@relevanzpr.com
 
Sumber: Efinix, Inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment