Thursday, May 9, 2019

TOSHIBA LANCAR JENIS KANTA PENGURANGAN, 5340 PIKSEL DENGAN SENSOR IMEJ LINEAR 3 BARISAN UNTUK AUTOMASI PEJABAT DAN KELENGKAPAN PERINDUSTRIAN

TOKYO, 9 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini melancarkan “TCD2569BFG,” sejenis kanta pengurangan, 5340 piksel dengan sensor imej linear CCD warna 3 barisan untuk automasi pejabat dan kelengkapan perindustrian yang merealisasikan resolusi 24 barisan bagi setiap milimeter untuk dokumen bersaiz A4. Penghantaran secara besar-besaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190508005323/en/

Lebih ramai pengguna mahukan mesin pencetak pelbagai fungsi bersaiz A4 yang dapat memberikan kualiti imej yang sama tinggi dan operasi berkelajuan tinggi seperti model bersaiz A3, terutamanya untuk mengimbas objek selain dokumen, objek tiga dimensi dengan pemantulan yang sangat tinggi dan objek yang berkilat. Mengimbas objek-objek ini dengan sensor imej linear CCD jenis kanta pengurangan yang konvensional seringkali menghasilkan dalam sensor yang bersalut dan imej-imej berjalur melintang — dan voltan isyarat output bagi sensor itu di ruang yang bersalut yang sering melebihi julat voltan input maksimum bagi IC analog bahagian depan.

“TCD2569BFG” menawarkan kualiti imej yang tinggi dengan pendaftaran warna yang berkurangan dengan mengurangkan penjarakan di antara susunan piksel (merah-hijau, hijau-biru). Satu sampel terbina dalam dan litar pegang memanjangkan tempoh isyarat output video bagi sensor itu dan menyumbang kepada reka bentuk pengimbas berkelajuan tinggi yang lebih mudah untuk digunakan dalam peralatan automasi pejabat dan peralatan perindustrian. Di samping itu, voltan output penepuan 4 volt di dalam daftar anjakan CCD mengurangkan persalutan. Memasang sebuah fungsi pengklipan memastikan voltan isyarat output berada di bawah 1.8 volt, yang menghalang voltan isyarat output daripada melebihi julat voltan input maksimum bagi IC analog bahagian depan.

Ciri-ciri Utama
  • Penjarakan 2 barisan di antara  susunan piksel (merah-hijau, hijau-biru)
  • Tempoh isyarat output video yang lebih lama dengan sampel terbina dalam dan litar pegang
  • Voltan isyarat output maksimum 1.8 volt dengan fungsi pengklipan
 
Contoh Penggunaan
Mesin pencetak pelbagai fungsi bersaiz A4, pengimbas imej, peranti input untuk mengukur peralatan dan mesin pengisihan warna

Spesifikasi Utama
Table

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu ini, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TCD2569BFG&lang=en

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Peranti Sistem II
Tel: +81-3-3457-3332
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190508005323/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment