Saturday, May 18, 2019

URUS NIAGA PERDAGANGAN THAIFEX 2019 MELEBIHI 1 BILION BAHT: DITP

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Jabatan Perdagangan Antarabangsa (DITP) Kementerian Perdagangan Thailand, dijangkakan mengumpul lebih 1bilion baht (100 baht=RM13.21) dalam urus niaga perdagangan sempena THAIFEX -- World of Food ASIA 2019 (THAIFEX 2019), yang berlangsung selama lima hari.

Dianjurkan bersama oleh DITP, Dewan Perniagaan Thai (TCC) dan Koelnmesse dari Jerman, THAIFEX 2019 dijadual berlangsung di Pusat Konvension dan Pameran IMPACT Arena, di Muang Thong Thani, Thailand dari 28 Mei hingga 1 Jun, 2019.

Dalam kenyataan hari ini, Timbalan Ketua Pengarah DITP Wittayakorn Maneenetr berkata acara itu berperanan sebagai platform penting untuk usahawan dari seluruh dunia mengadakan rundingan perniagaan bersama pengusaha perkhidmatan makanan dan minuman dari Thailand dan lebih 40 negara di rantau ini, termasuk Asia Timur, ASEAN, Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Latin dan Afrika.

"Dengan kehadiran lebih 2,700 syarikat yang mengetengahkan pelbagai jenis produk, THAIFEX 2019 merupakan antara pameran perdagangan makanan dan minuman terbesar di rantau ini,” katanya.

Kenyataan itu menyebut bahawa acara itu mengetengahkan 5,800 ruang pameran membabitkan keluasan 100,000 meter persegi.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment