Wednesday, May 29, 2019

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MENINGKATKAN KAPASITI UNTUK BEBAN KERJA YANG MEMERLUKAN PRESTASI DENGAN SIRI SSD XG6-P

SSD NVMe Baharu menawarkan sehingga 2TB[1] untuk aplikasi pelanggan atasan dan pergerakan pusat data

TOKYO, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan Siri pemacu keadaan pepejal (SSD) XG6-P, satu derivatif bagi Siri XG6 mereka. Dengan menawarkan kapasiti[2]  sehingga 2,048GB dan lebih 30 peratus lebar jalur menulis berurutan yang lebih tinggi berbanding yang terdahulu[3], XG6-P itu sesuai untuk komputer meja stesen kerja dan sistem permainan mewah, serta pusat data yang mengoptimumkan kos dan infrastruktur tergubahkan. XG6-P akan memulakan pensampelan kepada pelanggan OEM dalam jumlah terhad bermula dari pertengahan Jun.

Memanfaatkan BiCS FLASH™ 3D TLC (3 bit bagi setiap sel) 96-lapisan Toshiba Memory, SSD XG6-P menyediakan kapasiti storan yang tinggi, dan pada masa yang sama mengekalkan janji bagi storan ultra-nipis, berkelajuan tinggi dengan kecekapan kuasa yang luar biasa. Siri XG6-P itu mencirikan antara muka PCIe® Gen 3 x4 lorong (rev 3.1a) / NVMe™ (rev 1.3a) dan menyampaikan sehingga 3,180MB bagi bacaan berurutan dan 2,920MB bagi menulis[4], dan sehingga 355,000 bacaan rawak dan 365,000 menulis rawak IOPS[5]. Selain itu, SSD XG6-P beroperasi pada kurang daripada 5 Watt, dengan memberikan nisbah prestasi-ke-kuasa yang sangat baik ke dalam sebuah jejak yang tumpat dan padat. Dengan mempunyai kapasiti dua kali ganda dari XG6, kelajuan menulis lebih pantas berbanding daripada XG5-P, dan satu lagi sampul kuasa yang lebih rendah dan faktor bentuk yang lebih kecil daripada pusat data kelas XD5, Siri XG6-P yang baharu itu menawarkan satu pilihan storan M.2 NVMe tambahan untuk seterusnya mengoptimumkan penyelesaian pelanggan atau persekitaran pusat data.

SSD XG6-P 2,048GB boleh didapati dalam sebuah faktor bentuk satu muka M.2 2280 (22 x 80mm) dan menawarkan pilihan keselamatan termasuk sokongan TCG Pyrite Versi 1.0 untuk konfigurasi Bukan SED (Pemacu Penyulitan Sendiri) dan sokongan TCG Opal Versi 2.01 untuk SED.

SSD Seri XG6-P akan dipaparkan di Interop Tokyo 2019 di Makuhari Messe, Jepun dari 12 hingga 14 Jun di reruai 5P16 bagi Toshiba Memory.

Nota

[1] Kapasiti sebenar adalah 2,048GB. Sila rujuk kepada nota kaki [2] untuk definisi kapasiti.

[2] Definisi kapasiti: Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti storan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait, 1TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti storan yang lebih kecil. Kapasiti storan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft® dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti diformat yang sebenar mungkin berbeza-beza.

[3] Ujian dalaman oleh Toshiba Memory Corporation membandingkan dengan kelajuan berurutan XG5-P 2TB SSD, XG6-P adalah 32.7% lebih pantas.

[4] Kaji selidik Toshiba Memory Corporation adalah didasarkan pada kelajuan membaca dan menulis berurutan unit bagi 128KiB, dengan menggunakan model XG6-P 2048GB di bawah keadaan ujian Toshiba Memory Corporation. Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza-beza, bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail. Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait dan satu kibibait (KiB) sebagai 2^10 bait, atau 1,024 bait.

[5] Kaji selidik Toshiba Memory Corporation adalah didasarkan kepada kelajuan membaca dan menulis bagi 4KiB unit, dengan menggunakan model XG6-P 2048GB di bawah keadaan ujian Toshiba Memory Corporation. Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza-beza, bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail. IOPS adalah Input Output bagi setiap saat (atau jumlah bagi operasi I/O bagi setiap saat).

* NVMe adalah sebuah tanda perniagaan milik NVM Express, Inc.
* PCIe adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar milik PCI-SIG.
* Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Promosi Jualan
Tel: +81-3-6478-2424
https://business.toshiba-memory.com/en-apac/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12188

No comments:

Post a Comment