Thursday, May 16, 2019

KAMERA TDI LINEA HS DENGAN KELAJUAN DAN SENSITIVITI TINGGI BAHARU UNTUK APLIKASI PENGLIHATAN

Kamera TDI CMOS cas domain Teledyne DALSA terbaru kini dalam pengeluaran

WATERLOO, Ontario, 15 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, sebuah syarikat Teledyne Technologies dan peneraju global dalam teknologi penglihatan mesin, berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kamera TDI CMOS cas domain terbarunya-Linea HS-dalam pengeluaran yang besar. Berdasarkan reka bentuk sensor TDI berbilang tatasusunan, kamera 16k tersebut menawarkan kadar garis 300 kHz atau 5 GPiks/saat pemprosesan data untuk aplikasi pengimejan prestasi tinggi seperti paparan panel rata, PCB dan pemeriksaan wafer, penjujukan gen, patologi digital dan pemeriksaaan web.

Rangkaian Linea HS menawarkan keupayaan versatil untuk pengimejan monokrom/HDR, berbilang medan™ dan resolusi luar biasa dalam keadaan kurang cahaya.  Untuk model monokrom, sensor mempunyai dua tatasusunan.  Tatasusunan utama mempunyai 128 tahap, manakala tatasusunan sekunder mempunyai 64 tahap. Sensor ini menawarkan pengesanan terbaik, dengan pendedahan persamaan hingar yang lebih rendah dan MTF yang dipertingkatkan berbanding peranti TDI CCD sedia ada. Ciri baru seperti penjajaran berbantu piksel aktif membantu pengguna akhir untuk menjajarkan sampel yang diperiksa secara tepat.

“Teknologi TDI berbilang tatasusunan memberikan prestasi terbaik untuk aplikasi penglihatan berat pada masa kini. Pelbagai kombinasi tahap kedua-dua tatasusunan yang boleh dipilih mendayakan hasil pengimejan yang terbaik dihasilkan bagi memenuhi keperluan aplikasi berbeza,” kata Xing-Fei He, Pengurus Kanan Produk.

Digabungkan dengan siri CLHS Xtium™2 pencekup bingkai prestasi tinggi daripada Teledyne DALSA, produk baharu ini mewakili satu kemajuan  dalam pemprosesan data dalam industri ini. Dibina berdasarkan teknologi medan yang diperakui, antara muka optik gentian CLHS generasi baharu menawarkan pemindahan data berdaya pemprosesan tinggi dan boleh dipercayai. Kabel optik gentian mengurangkan kos sistem, menghasilkan kabel lebih panjang (sehingga 300 m), kalis sinaran elektromagnet dan sesuai untuk persekitaran industri. Kumpulan pencekup bingkai Xtium2 Teledyne DALSA yang berprestasi tinggi menampilkan platform PCI Express Gen 3 x8.

Ciri Utama:

·   Kelajuan kadar baris sehingga 300 kHz dalam resolusi 16k/8k, atau 5 Gpiks/saat
·   Pengimejan Mono/HDR dengan output tunggal atau duaan
·   Hingar yang sangat rendah dan sensitiviti tinggi
·   Penjajaran berbantu piksel aktif
·   Antara muka optik gentian Camera Link HS untuk pemindahan data yang boleh dipercayai dan kabel panjang
·   Kos sistem lebih rendah

Sila lawati Halaman produk Linea HS untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk pertanyaan jualan, lawati halaman hubungan kami dan untuk imej resolusi penuh, kit media dalam talian kami.

Perihal Produk dan Perkhidmatan Penglihatan Mesin Teledyne DALSA
Teledyne DALSA adalah sebahagian daripada kumpulan Teledyne Imaging dan peneraju dalam reka bentuk, pengeluaran dan pengerahan komponen pengimejan digital untuk penglihatan mesin. Sensor imej, kamera, kamera pintar, pencekup bingkai, perisian dan penyelesaian penglihatan Teledyne DALSA digunakan dalam ribuan sistem pemeriksaan di seluruh dunia dan merentasi berbilang industri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.teledynedalsa.com/imaging.

Teledyne Imaging ialah sekumpulan syarikat peneraju yang bernaung di bawah jenama Teledyne. Teledyne Imaging membentuk kumpulan pakar merentas spektrum dengan pengalaman beberapa dekad lamanya. Secara individu, setiap syarikat menawarkan penyelesaian yang terbaik dalam bidangnya. Secara berkumpulan, syarikat-syarikat ini menggabungkan dan menggunakan kekuatan satu sama lain untuk menyediakan portfolio teknologi pengimejan dan berkaitan yang paling meluas dan mendalam di dunia. Daripada penyelesaian aeroangkasa hingga pemeriksaan industri, kajian saintifik, spektroskopi, radiografi dan radioterapi, pensurveian geospatial, MEMS dan semikonduktor canggih, Teledyne Imaging menawarkan sokongan pelanggan di seluruh dunia dan kepakaran teknikal untuk menjalankan tugas yang sukar. Alat, teknologi dan penyelesaian penglihatan mereka dibina untuk memberikan kelebihan yang unik dan berdaya saing kepada pelanggan.

Semua tanda dagangan didaftarkan oleh syarikat masing-masing.
Teledyne DALSA berhak membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.

Hubungan Media:
Geralyn Miller
Pengurus Kanan, Hubungan Media Global
Tel: +1-519-886-6001 samb. 2187
E-mel: geralyn.miller@teledyne.com

Hubungan Jualan:
Sales.americas@teledynedalsa.com
Sales.europe@teledynedalsa.com
Sales.asia@teledynedalsa.com
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8f5dcede-c4b4-433b-b9a7-ec4152d6e6cf



Sumber: Teledyne DALSA

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment