Thursday, May 16, 2019

COUGAR MENJULANG TINGGI UNTUK KEMBALI MELIBATKAN DIRI DALAM KEKURANGAN JURUTERBANG DAN KEPERLUAN INOVASI DI SELURUH DUNIA

HONG KONG, 16 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cougar Aircraft Corp. telah memperoleh aset pesawat eksekutif prop kembar ringan GA-7 Cougar, yang direka dan dahulunya dihasilkan oleh Grumman Gulfstream Aviation yang terkenal untuk pesawat tentera dan korporat. Cougar kini memiliki Sijil Jenis FAA, lekapan pengeluaran, dan teknologi yang diperlukan untuk membina pesawat ini, yang disasarkan untuk pasaran latihan, dan sebagai sebuah platform bagi pergerakan udara peribadi untuk generasi akan datang.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190515005878/en/
 
Pemilik GA-7 pada masa ini menggemari pesawat mereka dan melaporkan... “Cougar itu melakukan apa yang anda inginkan. Syarikat insurans kami memberitahu kami bahawa Cougar adalah pesawat kembar ringan yang paling selamat. Cougar telah direka sebagai sebuah pesawat berkembar; kembar yang lain adalah penyesuaian bagi sesuatu yang tunggal. Cougar itu mempunyai banyak perkara yang pesawat lain tidak miliki.” Sebagai bonus tambahan, GA-7 itu menawarkan hayat perkhidmatan yang sangat panjang bagi spar sayap utama mereka pada 42,000 jam – berbanding dengan kelaziman 12,000 jam. Ini bermakna waktu penerbangan yang lebih menguntungkan, dan penggantian pesawat yang tidak kerap.
 
Pasaran latihan penerbangan itu telah meledak dengan permintaan syarikat penerbangan, dan ramalan mereka bahawa latihan bagi lebih 800,000 juruterbang di seluruh dunia akan menjanakan keperluan untuk beberapa ribu pesawat baharu. Itu menambahkan kepada potensi jualan bernilai $5 Bilion dalam tempoh 15 tahun akan datang. Permintaan untuk pesawat latihan yang sesuai bagi juruterbang adalah paling meruncing di rantau Asia Pasifik yang sedang pesat berkembang. Pada masa ini keperluan untuk pesawat telah meningkatkan permintaan kepada di mana sebuah pengeluar pesawat General Aviation kini menghadapi pesanan tertangguh sebanyak 700 pesawat.
 
Dengan pelbagai pasaran, termasuk latihan dan penerbangan ringan bersama-sama dengan inovasi pengangkutan, GA-7 dapat menjanakan keuntungan besar dalam tempoh jangka pendek dan panjang. Cougar adalah sebuah pesawat yang mantap yang menawarkan platform latihan yang boleh dipercayai dan menguntungkan. Dengan pembinaannya yang teguh, pesawat itu juga boleh mengendalikan ujian penerbangan sebenar yang diperlukan untuk maju ke peringkat seterusnya dalam pendorongan alternatif. Dua Cougar yang diubahsuai telah terbang dengan powerplant eksperimen dan Cougar membayangkan bahawa GA-7 akan dapat mengintegrasikan ke dalam sebuah sistem supaya pelancong boleh dibawa untuk jarak perjalanan yang lebih jauh, dan kemudian ditunjukkan dengan tepat ke destinasi akhir melalui pautan VTOL tempatan.
 
Cougar Aircraft Corp sedang mengembangkan rangkaian rakan mereka dan secara aktif mencari peluang pertumbuhan perniagaan baharu dan pelaburan tambahan untuk mengembangkan pengeluaran bagi sebuah pasaran yang jelas memerlukan lebih banyak pesawat.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190515005878/en/
 
Hubungi
 
Wayne Mansfield, Ketua Pegawai Eksekutif
+1 310 617 3257
wman@clearskyltd.com
 
Sumber : Cougar Aircraft Corp.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment