Wednesday, May 29, 2019

MICPA lantik Presiden, Naib Presiden baharu

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) melantik Dr Veerinderjeet Singh sebagai Presiden dan Datuk Gan Ah Tee sebagai Naib Presiden untuk tempoh 2019-2021.

MICPA, dalam kenyataan hari ini, berkata Dr Veerinderjeet dipilih untuk Majlis MICPA pada 2004 dan beliau kini Pengerusi Bukan Eksekutif Axcelasia Inc.

Beliau juga ahli Lembaga Pengarah Malaysian Rating Corporation Bhd, AmBank (M) Bhd dan UMW Holdings Bhd.

Dr Veerinderjeet mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang perakaunan dan cukai serta telah berkhidmat di Jabatan Hasil Dalam Negeri, Universiti Malaya, Arthur Andersen dan Ernst & Young.

Sementara itu, MICPA berkata Gan, yang dipilih untuk Majlis MICPA pada 2008, kini rakan pengurusan BDO di Malaysia dan rakan kanan serantau BDO di ASEAN.

Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 35 tahun dalam pengauditan, perakaunan dan penasihat kewangan. 

Beliau merupakan bekas Presiden Persatuan Pengamal Insolvensi Malaysia (IPAM) dan ahli majlis Institute of Chartered Accountants di England dan Wales, mewakili ASEAN, dan ahli Worshipful Company of Chartered Accountants di England dan Wales.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment