Tuesday, May 14, 2019

MAY MOBILITY MEMILIH PENYELESAIAN COCOON LIDAR DARI LEDDARTECH UNTUK PENGANGKUTAN ULANG-ALIK AUTONOMINYA

Keadaan padu Cocoon LiDAR dari LeddarTech telah terbukti merupakan teknologi paling dipercayai apabila armada tanpa pemandu May Mobility bergerak di jalan raya, menjadikan perjalanan pergerakan autonomi lebih selamat

BANDAR QUEBEC, 13 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTechR, peneraju industri dalam teknologi automotif dan pergerakan LiDAR dengan rasa teruja mengumumkan bahawa May Mobility, salah satu peneraju dalam pengerahan pengangkutan ulang-alik autonomi, telah memilih teknologi LiDAR dari LeddarTech untuk memberikan keselamatan tambahan dalam pengerahan pengangkutan ulang-alik autonomi mereka. May Mobility telah mengesahkan teknologi dengan lebih daripada 50,000 pandu uji keadaan sebenar sebelum pelancaran pengeluaran secara besar-besaran.

Penyelesaian keadaan padu Cocoon LiDAR dari LeddarTech direka untuk mencipta kepompong 360 darjah lengkap dan memberikan tahap keselamatan yang lebih tinggi yang berkaitan dengan pencegahan perlanggaran dalam aplikasi pengangkutan ulang-alik autonomi. Dikuasakan oleh teknologi LeddarTM , penyelesaian LiDAR terpilih memberikan keseimbangan prestasi optimum dan penjimatan kos untuk kejayaan pengerahan komersial bagi perkhidmatan pergerakan autonomi. Teknologi matang LeddarTech dan pasukan sokongan berpengalaman turut menyediakan integrasi lebih pantas, pembangunan dan masa pasaran, pada kos dan risiko yang lebih rendah.

May Mobility menggabungkan beberapa teknologi pengesanan ke dalam pengangkutan ulang-alik autonomi mereka, termasuk LiDAR, RADAR dan kamera. Gabungan pengesan ini yang membolehkan pengangkutan ulang-alik berautonomi penuh. “Kami bergantung kepada gabungan teknologi pengesanan terbaik yang tersedia dalam pasaran bagi memastikan pengangkutan ulang-alik autonomi paling selamat dan boleh dipercayai untuk penumpang yang kami pindahkan,” kata Steve Vozar, Ketua Pegawai Teknologi bagi May Mobility. “Keselamatan adalah perkara paling penting bagi teras DNA May Mobility, dan penyelesaian Cocoon LiDAR dari LeddarTech memenuhi keperluan kami untuk memastikan kenderaan autonomi kami mencapai tahap keselamatan tertinggi bagi pengguna kami.”

“Dengan bangganya kami mengumumkan pilihan kami oleh May Mobility sebagai pembekal penyelesaian LiDAR yang dipercayai dan untuk menyokong misi mereka dalam menjadikan pengangkutan yang lebih selamat” kata Adrian Pierce, Naib Presiden Jualan dan Pembangunan Perniagaan Global di LeddarTech. Encik Pierce menambah, “penggunaan penyelesaian LiDAR dari LeddarTech dalam reka bentuk pengangkutan ulang-alik May Mobility melambangkan kepimpinan kami dalam teknologi LiDAR yang mana telah dibina oleh LeddarTech melalui kepakaran dalam bidang yang terbukti selama lebih dari sedekad.”

Kerjasamaantara LeddarTech dan May Mobility membawakan keselamatan yang dipertingkatkan kepada semua penumpang kenderaan May Mobility dan kerjasama ini akan berterusan sehingga pengerahan armada autonomi masa hadapan.

Tentang May Mobility

May Mobility membina dan mengendalikan operasi armada kereta tanpa pemandu dalam persekitaran berstruktur seperti daerah perniagaan bertumpu, kampus korporat dan pembangunan kejiranan yang padat. Pengerahan biasa adalah 10 atau lebih kenderaan yang beroperasi pada jarak kira-kira 4 batu persegi dan mempunyai sama ada laluan awam atau peribadi dengan halaju 35 mpj atau kurang. May Mobility bekerjasama secara terus dengan majlis bandar raya dan/atau entiti komersial untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada pendudk atau penyewa bagi kawasan yang diusulkan.

Tentang LeddarTechR

LeddarTech merupakan peneraju industri dalam menyediakan platform pembangunan automotif LiDAR yang paling versatil dan boleh diukur berdasarkan LeddarEngineTM unik yang merangkumi SoC bergred automotif, disahkan dan berfungsi secara berpasangan dengan perisian pemprosesan signal proprietari LeddarSP. Syarikat ini bertanggungjawab terhadap beberapa inovasi dalam aplikasi pergerakan penginderaan jauh canggih dengan lebih daripada 70 teknologi berpaten (20 masih menunggu) yang menambah baik ADAS dan keupayaan memandu autonomi bagi kenderaan auto.

LeddarTech turut menyediakan kepada pasaran pergerakan dengan penyelesaian modul LiDAR berkeadaan pepejal berperestasi tinggi untuk pengangkutan ulang-alik autonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan robot teksi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.LeddarTech.com, dan di LinkedInTwitterFacebook dan YouTube.

Hubungi: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech dan LeddarTech adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda adalah atau mungkin tanda dangangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti  pemilik produk atau perkhidmatan masing-masing.

Sumber: LeddarTech inc. 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment