Thursday, May 30, 2019

IFTAR SERBA DINAMIK SEMARAKKAN RAMADAN TAHUN INI

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh dengan barakah ini, Kumpulan Serba Dinamik telah merencanakan pelbagai akitiviti-aktiviti kerohanian bagi memeriahkan lagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka kepada golongan asnaf, anak-anak yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Shah Alam, Selangor.

Hampir 100 penerima menerima sumbangan pada tahun ini yang terdiri daripada Pusat Jagaan Sayang, Rumah Amal Al-Firdaus, Teratak Nur Barakah dan Madrasah Nurul Ilmi.

Di dalam usaha meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan, Kumpulan Serba Dinamik telah menyediakan anggaran jumlah sumbangan bernilai hampir RM70,000.00 dan agihan pelbagai juadah kuih raya.

Program tahunan ini merupakan program kali ke-5 yang diadakan sepanjang 10 malam terakhir Lailatur Qadar adalah antara inisiatif syarikat untuk mendekati masyarakat yang melakukan ibadah di bulan mulia ini.

Program tahunan ini juga memberikan pengajaran dan kesedaran serta menanam nilai-nilai positif seperti rasa bersyukur dan sekaligus mengukuhkan iman setiap individu terbabit menjadi seorang insan yang mulia serta mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Turut diadakan juga adalah penyerahan sumbangan 1000 bubur lambuk yang telah diagihkan ke kawasan di sekitar Shah Alam Selangor pada 17 Mei lalu.

Selain itu, Kumpulan Serba Dinamik turut menghargai jasa dan pengorbaan anggota warga kerjanya semasa program berlangsung.

Usaha ini bagi merapatkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dan kakitangan yang kini berjumlah 1250 orang.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik, Dato’ Dr. Ir. Mohd. Abdul Karim Abdullah, warga Serba Dinamik perlu melipat ganda prestasi kerja masing-masing bagi memastikan usaha melaksanakan kerja yang diamanahkan oleh pemegang taruh dapat ditingkatkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Beliau berkata tuntutan beribadah perlu diimbangkan dengan tugasan hakiki yang perlu dilaksanakan kerana kerja juga adalah satu ibadah.

“Justeru usaha memastikan presatsi kerja and etika untuk maju perlu ditingkatkan sempena Ramadan, dan kita jadikan bulan yang mulia ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan”, katanya.

Dato’ Karim berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Serba Dinamik pada Rabu (29 Mei 2019) di hotel terkemuka di Shah Alam Selangor.

Majlis berbuka puasa beramai-ramai ini turut dilanjutkan dengan aktiviti Solat Magrib dan Isyak secara berjemaah.

Turut hadir di Majlis ini termasuk ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Serba Dinamik termasuk Dato’ Mohamed Nor Abu Bakar, Tuan Haji Abdul Kadier Sahib, Pangeran Dato’ Awang Daud Pangeran Awang Putera dan kakitangan pengurusan syarikat.

Sumber: Serba Dinamik

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Syaiful Radzman Osman
Human Capital & General Affairs
Tel: 03-5511 3213
Faks: 03-5511 3212
Emel: radzman@e-serbadk.com
Laman sesawang: https://e-serbadk.com/

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment