Thursday, May 2, 2019

ALLIED WORLD MENGUMUMKAN PELANCARAN JENDELA TAKAFUL SEMULA

ZUG, Switzerland, 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Allied World Assurance Company Holdings, GmbH hari ini mengumumkan penubuhan sebuah jendela takaful semula oleh Allied World Assurance Company, Ltd bagi cawangan Labuan (“Cawangan Labuan”). Jendela itu akan memenuhi peluang-peluang takaful semula umum pengguna dan komersial yang meliputi hartanah, kecederaan, pembinaan & kejuruteraan, barisan profesional, liabiliti penjagaan kesihatan, kargo laut dan kemalangan peribadi kumpulan.

Ramesh Sivanathan, Naib Presiden, Pengurus Negara & Pegawai Utama bagi Cawangan Labuan, berkata, “Kami sangat teruja bagi menyokong cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah hab insurans Islam antarabangsa yang dihormati dan berharap dapat menyokong segmen yang pesat berkembang ini di pasaran Malaysia.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyelesaian takaful semula Allied World yang boleh didapati dari Cawangan Labuan, sila e-mel info.malaysia@awac.com.

Maklumat mengenai Allied World

Allied World Assurance Company Holdings, GmbH, melalui anak-anak syarikat mereka, adalah sebuah pembekal global bagi penyelesaian insurans dan insurans semula. Kami beroperasi di bawah jenama Allied World dan telah menyokong pelanggan, penerima sid dan rakan dagangan dengan perkhidmatan yang bertimbang rasa dan liputan yang bermakna sejak tahun 2001. Kami adalah sebuah anak syarikat Fairfax Financial Holdings Limited, dan kami mendapat manfaat daripada satu rangkaian entiti gabungan di seluruh dunia yang membolehkan kami untuk berfikir dan bertindak balas dalam cara bukan tradisional. Asas modal kami adalah kukuh, penyelesaian kami adalah untuk bertindak lebih awal dan bukannya untuk bertindak balas kepada trend yang berubah-ubah, dan pasukan-pasukan kami memberi tumpuan dalam mewujudkan perhubungan jangka panjang yang saling menguntungkan. Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami boleh membantu anda menguruskan risiko anda dengan melayari: Web: www.awac.com | Facebook: www.facebook.com/alliedworld | LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/allied-world

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190501005467/en/

Hubungi

Rebecca Haggerty
Naib Presiden, Pemasaran & Komunikasi
Allied World
Telefon: +44 207 220 0695
E-mel: rebecca.haggerty@awac.com

Sumber : Allied World Assurance Company Holdings, GmbH

No comments:

Post a Comment