Thursday, May 16, 2019

Q3 MEDICAL DEVICES LIMITED MEMETERAI SATU PERJANJIAN PENGEDARAN DENGAN MEDTRONIC UNTUK STEN HEMPEDU DAN PANKREAS BOLEH BIODEGRADASI

DUBLIN, 15 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Q3 Medical Devices Limited (“Q3 Medical”) yang berpangkalan di Dublin, Ireland, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian pengedaran dengan Medtronic plc untuk ARCHIMEDES, syarikat pertama untuk memasarkan sepenuhnya sten hempedu dan pankreas boleh biodegradasi yang direka sebagai satu alternatif kepada sten plastik tradisional.

Perniagaan Gastrousus dan Hepatologi bagi Medtronic, yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Terapi Invasif Minimum dan Q3 Medical bersetuju kepada satu perjanjian eksklusif selama enam tahun untuk mengedarkan sten boleh biodegradasi ARCHIMEDES di Kesatuan Eropah barat, Amerika Syarikat dan Jepun; dengan hak kepada wilayah-wilayah lain. Q3 Medical akan terus mengembangkan kehadiran mereka di Asia Tenggara, Amerika Latin, Eropah Timur, dan Timur Tengah.

Lazimnya, salur sten hempedu dan pankreas diperbuat daripada plastik atau logam, namun sten ARCHIMEDES diperbuat daripada gabungan bahan-bahan boleh larut yang membenarkan kadar degradasi yang berlainan bergantung kepada keperluan pesakit. Penggunaan bahan-bahan degradasi dalam sesebuah sten, mengurangkan intervensi semula yang agak lazim dengan sten yang ada sekarang dan membolehkan potensi untuk menghapuskan satu prosedur penyingkiran sten yang hampir selalu dilakukan untuk sten plastik dan logam pada masa ini. ARCHIMEDES mempunyai Tanda CE.

Eric Mangiardi, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Q3 Medical menyatakan, “Kami sangat teruja dan beruntung kerana dapat menjalin kerjasama dengan sebuah organisasi peranti perubatan yang terkemuka di dunia seperti Medtronic. Perjanjian ini merupakan satu langkah besar ke arah matlamat kami untuk menjadi peneraju dunia di dalam implan boleh biodegradasi. Mangiardi selanjutnya menyatakan; “Janji ARCHIMEDES adalah didasarkan kepada potensinya untuk menghapuskan prosedur penyingkiran kedua yang diperlukan untuk sten plastik tradisional, yang dapat mengurangkan perbelanjaan berbilion-bilion dolar daripada sistem penjagaan kesihatan dunia dan pada masa yang sama meningkatkan penjagaan pesakit.”

Maklumat mengenai Q3 Medical Devices

Q3 Medical Devices Limited adalah sebuah syarikat pemegangan yang berpangkalan di Ireland yang memberi tumpuan kepada perolehan perniagaan peranti perubatan baharu dengan pendapatan tahunan sehingga EUR 10 Juta. Syarikat induk itu, melalui operasi mereka yang berkembang di Winsen, Jerman (QualiMed Innovative Medizinprodukte GmbH, AMG International GmbH); Shanghai, China (Q-San); dan Charlotte, N.C. (QualiMed-Amerika Syarikat) memberi tumpuan kepada pembangunan, pembuatan, dan pengedaran peranti invasif yang minimum untuk rawatan ke atas pesakit yang menghidap penyakit jantung, vaskular periferi, dan bukan vaskular.

Syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya itu memberi tumpuan kepada pembangunan  dan pengkomersilan global yang berterusan bagi Teknologi Teras, Invasif Mikro, Boleh Biodegradasi, & Penyampaian Ubat-ubatan mereka. Produk Syarikat itu kini dijual di lebih  50 buah negara di seluruh dunia melalui Rangkaian OEM, Label Persendirian, dan Rangkaian Jenama Sendiri. Q3 Medical, melalui anak-anak syarikat milik mereka sepenuhnya memberi tumpuan kepada tiga Vertikal utama di mana ia akan bersaing; Implan Boleh Biodegradasi, Teknologi Invasif Mikro, dan Platform Penyampaian Ubat-ubatan.

Q3 Medical Devices Limited telah ditubuhkan oleh sebuah kumpulan global terdiri daripada usahawan, pengilang, pengedar, doktor industri, dan pelabur yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan perolehan perniagaan peranti perubatan. Syarikat itu memberi tumpuan kepada Mencipta Nilai Dengan Membantu Orang Ramai.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12149

No comments:

Post a Comment