Thursday, May 9, 2019

VINAPHONE MEMILIH KOOLSPAN UNTUK MENJANAKAN PENYELESAIAN KOMUNIKASI PROCALL SECARA SELAMAT

Kerjasama di antara VinaPhone dan KoolSpan menandakan perluasan komunikasi bagi suara mudah alih, teks dan data secara selamat ke Vietnam

HANOI, Vietnam & BETHESDA, Md., 8 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VinaPhone (http://vinaphone.com.vn), pembekal terkemuka bagi teknologi dan perkhidmatan telekomunikasi termaju kepada kerajaan, perusahaan, perniagaan kecil & sederhana, dan pengguna di Vietnam mengumumkan perkongsian mereka dengan KoolSpan (https://KoolSpan.com), untuk menjanakan ProCallTM VinaPhone, (http://procall.vn/en/),  penyelesaian komunikasi mudah alih yang selamat untuk Vietnam.

Dengan anggaran KDNK 2018 melebihi $700 Bilion dan jumlah penduduk hampir 100 juta orang, Vietnam adalah merupakan sebuah hab ekonomi dan kebudayaan yang penting yang merangkumi syarikat-syarikat pembuatan, teknologi maklumat dan tenaga yang semakin meningkat.

Rangkaian telekomunikasi di seluruh dunia adalah terdedah kepada pengawasan dan pemantauan bagi panggilan telefon dan pesanan teks oleh penjenayah siber, penggodam, dan negara bangsa. Pihak-pihak ini melakukan pengintipan korporat, mencuri harta intelek dan maklumat kewangan yang sensitif, memantau panggilan dan pesanan, dan menjejaskan privasi dan keselamatan orang ramai di seluruh dunia.

Dengan ProCall, kakitangan kerajaan, komuniti perniagaan dan pengguna di seluruh Vietnam boleh melindungi panggilan telefon mudah alih dan sembang dari pengawasan yang menyasarkan maklumat kerajaan atau mencari kelebihan perniagaan yang tidak adil melalui pengintipan korporat/ perniagaan.

ProCall menyampaikan penyulitan hujung ke hujung yang teguh untuk panggilan mudah alih dan sembang dengan menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh KoolSpan, Inc. yang berpangkalan di Bethesda, MD.

ProCall adalah penyelesaian terkemuka yang menyampaikan penyulitan hujung ke hujung (E2E) untuk panggilan dan pesanan/ sembang di Vietnam. ProCall menyampaikan panggilan telefon dengan selamat dengan audio berdefinisi tinggi melalui penyelesaian intuitif dan mudah untuk digunakan. Pengguna ProCall boleh membuat panggilan telefon secara selamat dengan baik seakan seperti panggilan biasa yang tidak selamat.

“Kami amat gembira untuk mengadakan satu perkongsian strategik dengan KoolSpan,” kata Encik Dzung Manh Do, Pengarah bagi Jabatan Pengurusan Produk, VNPT – VinaPhone Business Customer Company. “Dengan teknologi KoolSpan, VinaPhone melindungi pengguna daripada ancaman keselamatan siber yang terkemuka kepada komunikasi profesional dan peribadi.”

“KoolSpan berbangga untuk menjadi rakan dengan VinaPhone,” kata Nigel Jones, Ketua Pegawai Eksekutif KoolSpan. “Kerjasama ini menyampaikan komunikasi mudah alih yang selamat kepada satu pasaran yang penting dan pesat berkembang dan merupakan satu peristiwa penting di dalam pertumbuhan KoolSpan.”

Maklumat mengenai VinaPhone

Rangkaian mudah alih VNPT VinaPhone telah membuat sumbangan yang besar kepada masyarakat, dan menyediakan perkhidmatan mudah alih kepada sebahagian besar penduduk Vietnam. Dengan menjadi rangkaian mudah alih yang pertama yang meliputi kesemua wilayah dan bandar merentasi negara itu (pada tahun 1999) dan liputan ke kesemua daerah (pada tahun 2006), termasuk kawasan pergunungan dan kepulauan, VNPT VinaPhone telah terus mempelopori pengenalan bagi teknologi baharu untuk memenuhi keperluan komunikasi yang memperluaskan lagi jangkauan sempadan. Dengan pembukaan rasmi dan pelancaran perkhidmatan satelit dengan kerjasama Thuraya Telecommunications Company, VNPT VinaPhone sekali lagi mengesahkan kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran di dalam industri Telekom yang meneruskan sumbangan positif mereka kepada masa depan ekonomi, politik dan sosial Vietnam.

Maklumat mengenai KoolSpan

KoolSpan adalah penyedia terkemuka bagi keselamatan komunikasi yang teguh, merentas platform, hujung ke hujung pada telefon pintar di seluruh dunia. KoolSpan TrustCall menyampaikan penyulitan hujung ke hujung (E2E) yang mantap untuk panggilan, teks/ sembang pada peranti Android dan iPhone. Pelanggan termasuk kerajaan, perusahaan, dan orang perseorangan di lebih 60 buah negara. TrustCall adalah FIPS 140-2 yang disahkan dan telah mengeluarkan 33 paten dengan puluhan paten yang sedang menunggu kelulusan. KoolSpan dimiliki secara persendirian dan berpusat di Bethesda, Md. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.koolspan.com, ikuti KoolSpan di Twitter @KoolSpan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12130

No comments:

Post a Comment