Tuesday, May 28, 2019

BAHASA MANDARIN DI MANA SAHAJA DI TAIWAN: BELAJAR SATU BAHASA BAHARU SEMASA MENGEMBARA KE LUAR NEGARA

TAIPEI, Taiwan, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat-pusat bahasa Cina Mandarin bagi universiti-universiti Taiwan sedang bekerjasama dengan industri pelancongan untuk menawarkan lawatan-lawatan yang berinovatif yang menggabungkan pengembaraan kebudayaan tempatan dengan pembelajaran bahasa, di mana pengunjung akan menikmati satu perjalanan ke Taiwan yang lebih daripada sekadar bersiar-siar. Berikut adalah beberapa contoh:

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190527005122/en/

Taiwan Utara
  • Tamkang University menawarkan satu lawatan masakan. Peserta membeli-belah untuk bahan-bahan dalam sebuah pasaran tradisional dan mengambil bahagian di dalam satu sesi masak-memasak, kesemuanya dipandukan oleh seorang pengajar bahasa profesional. Dari menerokai persekitaran kehidupan tempatan yang sebenar kepada menikmati makanan ringan yang popular di pasar malam, pelawat akan dapat mengalami cita rasa sebenar bagi Daerah Danshui yang terkenal di New Taipei City!
     
  • Chung Yuan Christian University menawarkan empat lawatan yang agak berbeza. Satu adalah untuk mereka yang suka melawat tapak-tapak bersejarah; satu lagi menerokai estetika bangunan moden dan bersejarah; satu memperkenalkan kebudayaan golongan asli; dan satu lagi menampilkan aktiviti-aktiviti kebudayaan klasik, seperti mendayung perahu naga. Dari pemandangan alam semula jadi dan bersifat kemanusiaan kepada acara-acara tersendiri yang khusus untuk wilayah tertentu, ada sesuatu yang dapat dinikmati bagi setiap orang yang melawat Taoyuan City.
 
Taiwan Selatan dan Tengah
  • Feng Chia University menggabungkan pembelajaran bahasa dengan lawatan kebudayaan yang bertema kepada tarikan-tarikan tempatan seperti Pasar Malam Feng Chia. Pengajar-pengajar bermula dengan mengajar frasa asas yang berkaitan dengan destinasi yang terdapat pada jadual perjalanan, yang kemudian boleh digunakan oleh pelawat untuk kegunaan praktikal dalam kehidupan sebenar sepanjang lawatan mereka ke Taichung City.
     
  • Wenzao Ursuline University of Languages menggabungkan ​​pembelajaran bahasa dengan masakan Taiwan yang lazat. Perjalanan yang tenang ke Fo Guang Shan merangkumi warisan Buddha, mercu tanda seni bina, dan makanan vegetarian, sementara lawatan yang bertemakan Hakka menyediakan bengkel masakan, tapak-tapak kebudayaan Hakka, dan tanah lembap semula jadi. Selain itu, sebagai sebuah negara samudera, Taiwan mempunyai banyak makanan laut. Ini benar-benar merupakan suatu pengalaman Kaohsiung yang direka khas untuk pencinta makanan!

Bagi mereka yang berminat dengan satu pengalaman yang mendalam di Taiwan yang akan memberikan kenangan sepanjang hayat, mengapa tidak mencuba lawatan kebudayaan kami yang sangat memuaskan hati berbanding dengan pakej bersiar-siar yang standard — kesemuanya ketika belajar untuk bertutur satu bahasa yang digunakan oleh 1.2 bilion orang di seluruh dunia.

Log masuk ke https://ogme.edu.tw/ dan tempah lawatan hari ini!

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190527005122/en/

Hubungi

OGME (Pejabat bagi Pendidikan Mandarin Global)
Kuo-Ning Chi, +886-2-2391-1368 sambungan 1360
c1360@csd.org.tw

Sumber : Pejabat bagi Pendidikan Mandarin Global

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment