Thursday, May 9, 2019

KERJASAMA ANTARA EFINIX® DAN SAMSUNG UNTUK MENGHASILKAN QUANTUM™ EFPGAS DENGAN PROSES SILIKON 10NM

SANTA CLARA, Calif. dan SEOUL, Korea, 9 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix®, inovator dalam platform dan teknologi produk yang boleh diprogramkan, dan Samsung Electronics hari ini mengumumkan kerjasama bagi membangunkan Quantum eFPGAs untuk proses silikon 10nm Samsung.
 
“Ini merupakan perubahan besar daripada 40nm Trion™ T20 FPGA kepada 10nm Quantum eFPGA. Kami mencapai PDK kepada GDS dengan seni bina Quantum yang bersifat agnostik bagi proses silikon serta terima sokongan penuh daripada Unit Perniagaan Memori Samsung,” ujar Sammy Cheung, pengasas bersama, Ketua Pegawai Eksekutif, dan presiden Efinix. “Dengan menggabungkan kelebihan Kuasa-Prestasi-Kawasan Quantum dengan teknologi pembuatan silikon canggih Samsung, kerjasama ini akan menawarkan penyelesaian silikon FPGA paling maju untuk pasaran seperti AI, Pusat Data dan Infrastruktur Komunikasi.”
 
“Kami sangat gembira melihat Efinix mencapai kemajuan yang besar sejak pelaburan awal kami dalam syarikat pada tahun 2017,” ujar perwakilan Samsung Venture Investment Corporation. “Kami membayangkan teknologi FPGA Efinix akan disertai dalam banyak penyelesaian Samsung yang lain pada masa akan datang.”
 
“Efinix telah mencipta teknologi FPGA yang paling kompetitif dalam Kuasa-Prestasi-Kawasan dengan menggabungkan Quantum eFPGA dan proses FinFET 10nm Samsung," kata Bill Hata, mantan naib presiden kanan Operasi dan Kejuruteraan Worldwide di Altera Corporation (kini sebahagian daripada Intel) . Hata mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman industri semikonduktor dan berkhidmat sebagai penasihat di dalam Lembaga Penasihat Efinix. “Membangunkan produk FPGA pada proses FinFET sememangnya amat sukar dan mencabar. Efinix telah mencapai kejayaan ini dalam masa yang singkat dan mendemonstrasikan kejuruteraan dan pengurusan program yang unggul.”
 
Persidangan Automasi Reka Bentuk

Selain itu, Efinix akan mempamerkan platform FPGA disruptif di Persidangan Automasi Reka Bentuk yang diadakan di Las Vegas pada bulan hadapan, 2 hingga 6 Jun. Untuk bertemu dengan Efinix dan mengetahui lebih lanjut mengenai kerjasama antara Quantum eFPGA dan Samsung 10nm,sila layari https://www.efinixinc.com/promo/dac2019/index.php.
 
Mengenai Efinix

Efinix, merupakan inovator dalam produk yang boleh diprogram, memacu masa depan pengkomputeran AI maju dengan platform Trion™ FPGA. Teras Trion FPGA adalah teknologi Quantum™ FPGA disruptif. Efinix yang memberikan kelebihan 4X Kuasa-Prestasi-Kawasan terhadap teknologi FPGA tradisional. Trion FPGA, yang menawarkan elemen logik 4K hingga 200K, mempunyai faktor bentuk kecil, kuasa rendah, dan harga berpatutan untuk pengeluaran berkapasiti tinggi. Persekitaran Pembangunan Bersepadu Efinity® kami menyediakan suite reka bentuk FPGA lengkap dari RTL ke arus data binari. Dengan kelebihan Kuasa-Prestasi-Kawasan ini, Trion FPGA menangani aplikasi seperti logik tersuai, kiraan pecutan, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam. Melalui Efinity, para pelanggan kami dengan mudahnya boleh memindahkan FPGA atau sistem penuh ke dalam Quantum ASIC untuk pengeluaran berkapasiti amat tinggi.
 
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.efinixinc.com.
 
Maklumat Hubungan:
Steve Stratz
Relevanz Public Relations untuk Efinix
206.300.9134
steve@relevanzpr.com

Sumber: Efinix, Inc.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment