Thursday, May 2, 2019

KAMERA BERBILANG BARIS BAHARU YANG VERSATIL MENDAYAKAN PENGIMEJAN BERKELAJUAN TINGGI 5 GPIKS/SAAT UNTUK APLIKASI PENGLIHATAN YANG MENCABAR

Kamera Linea ML daripada Teledyne DALSA yang telah memenangi anugerah kini dalam pengeluaran


WATERLOO, Ontario, 2 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, syarikat Teledyne Technologies dan peneraju global dalam teknologi penglihatan mesin, berbesar hati untuk mengumumkan bahawa model pertama kamera Linea ML yang terbaru kini dalam pengeluaran sepenuhnya. Kamera CMOS berbilang baris lanjutan, Linea ML™ dalam pilihan monokrom, berwarna dan berbilang spektrum akan mengubah cara kamera imbas baris digunakan dalam banyak aplikasi penglihatan mesin.

Kini dalam pengeluaran penuh, model monokrom 16k Linea ML beroperasi dalam baris tunggal atau berbilang pada kadar baris maks sebanyak 300 kHz, atau pemprosesan data 5 GPiks/saat.  Pendedahan berturutan dengan integrasi mula dan tamat bebas untuk setiap baris membolehkan penggunaan konfigurasi iluminasi versatil dengan teknologi pencahayaan LED terbaru. Model warna 16k menyediakan warna asli RGB berkelajuan tinggi, mempunyai resolusi tinggi dan fideliti tinggi tanpa sebarang interpolasi.

“Kumpulan kamera Linea ML menawarkan keupayaan versatil untuk memenuhi keperluan aplikasi yang semakin mencabar dalam penglihatan mesin pada hari ini. Selain daripada pengimejan mono dan berwarna, model terbaru menyertakan mod HDR direka bentuk secara khusus untuk menangkap suasana cerah dan gelap dengan julat dinamik yang dipertingkatkan. Selanjutnya, keupayaan pengimejan multifield™ pembahagian masa membolehkan pengguna akhir menangkap berbilang imej menggunakan medan cerah, medan gelap dan cahaya latar belakang dalam imbasan tunggal” kata Xing-Fei He, Pengurus Kanan Produk.

Digabungkan dengan pencekup bingkai prestasi tinggi siri CLHS Xtium™2 daripada Teledyne DALSA, produk baharu ini mewakili satu kemajuan  dalam pemprosesan data dalam industri ini. Dibina berdasarkan teknologi medan yang diperakui, antara muka optik gentian CLHS generasi baharu menawarkan pemindahan data berdaya pemprosesan tinggi dan boleh dipercayai. Kabel optik gentian mengurangkan kos sistem, menghasilkan kabel lebih panjang (sehingga 300 m), kalis sinaran elektromagnet dan sesuai untuk persekitaran industri. Kumpulan pencekup bingkai Xtium2 Teledyne DALSA yang berprestasi tinggi menampilkan platform PCI Express Gen 3 x8.

Ciri Utama:
  • Kelajuan kadar baris sehingga 300 kHz dalam resolusi 16k/8k, atau 5 Gpiks/saat
  • Pengimejan Mono/HDR dengan output tunggal atau duaan
  • Pengimejan multifield dan pembahagian masa dalam satu imbasan menggunakan pendedahan berturutan
  • Antara muka optik gentian Camera Link HS untuk pemindahan data yang boleh dipercayai dan kabel panjang  
  • Kos sistem lebih rendah
Sila lawati halaman produk Linea untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk pertanyaan jualan, lawati halaman hubungan kami dan untuk imej resolusi penuh, kit media dalam talian kami.

Perihal Produk dan Perkhidmatan Penglihatan Mesin Teledyne DALSA
Teledyne DALSA adalah sebahagian daripada kumpulan Teledyne Imaging dan peneraju dalam reka bentuk, pengeluaran dan pengerahan komponen pengimejan digital untuk penglihatan mesin. Sensor imej, kamera, kamera pintar, pencekup bingkai, perisian dan penyelesaian penglihatan Teledyne DALSA digunakan dalam ribuan sistem pemeriksaan di seluruh dunia dan merentasi berbilang industri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.teledynedalsa.com/imaging.

Teledyne Imaging ialah sekumpulan syarikat peneraju yang bernaung di bawah jenama Teledyne. Teledyne Imaging membentuk kumpulan pakar merentas spektrum dengan pengalaman beberapa dekad lamanya. Secara individu, setiap syarikat menawarkan penyelesaian yang terbaik dalam bidangnya. Secara berkumpulan, syarikat-syarikat ini menggabungkan dan menggunakan kekuatan satu sama lain untuk menyediakan portfolio teknologi pengimejan dan berkaitan yang paling meluas dan mendalam di dunia. Daripada penyelesaian aeroangkasa hingga pemeriksaan industri, kajian saintifik, spektroskopi, radiografi dan radioterapi, pensurveian geospatial, MEMS dan semikonduktor canggih, Teledyne Imaging menawarkan sokongan pelanggan di seluruh dunia dan kepakaran teknikal untuk menjalankan tugas yang sukar. Alat, teknologi dan penyelesaian penglihatan mereka dibina untuk memberikan kelebihan yang unik dan berdaya saing kepada pelanggan.

Semua tanda dagangan didaftarkan oleh syarikat masing-masing.
Teledyne DALSA berhak membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.

Hubungan Media:
Geralyn Miller
Pengurus Kanan, Hubungan Media Global
Tel: +1-519-886-6001 samb. 2187
E-mel: geralyn.miller@teledyne.com

Hubungan Jualan:
Sales.americas@teledynedalsa.com
Sales.europe@teledynedalsa.com
Sales.asia@teledynedalsa.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/bff9c66f-bd38-42fa-83e9-fe2034126e3d

SUMBER : Teledyne DALSA

No comments:

Post a Comment