Friday, May 3, 2019

LEDDARTECH MELANTIK RICHARD LARUE, PEGUAM ANTARABANGSA KORPORAT BERPENGALAMAN KE DALAM PASUKAN EKSEKUTIFNYA

LeddarTech Meningkatkan Kepakaran LiDAR Automotif dengan Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan di Toronto, Kanada

LeddarTech mengukuhkan pasukan kepimpinan pengurusan kanannya menerusi pelantikan Ketua Pegawai Perundangan dan mempercepatkan lagi masa ke pasaran dengan mengumumkan pembukaan rasmi kemudahan R&D Pusat Kecemerlangan Automotif di Toronto, Kanada.

BANDAR QUEBEC, 2 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR Auto dan Mobiliti™ paling versatil dan boleh diskala dengan berbesar hati mengumumkan pelantikan En. Richard LaRue sebagai Ketua Pegawai Perundangan.

En. LaRue telah giat berkhidmat dengan syarikat perisian dan bioteknologi, serta syarikat permulaan, dalam setiap aspek perniagaan mereka, termasuk pembentukan, rundingan, perangkaan perjanjian antarabangsa dan ekuitinya serta kewangan hutang. Beliau telah berkhidmat dalam bidang ini merentasi Kanada, Eropah dan A.S. “Saya teruja untuk memanfaatkan pengalaman antarabangsa saya dalam perundangan korporat, kewangan dan transaksi ekuiti untuk menyumbang kepada misi global LeddarTech dalam menjadi rujukan industri tentang pembentukan platform LiDAR,” jelas En. LaRue.

En. LaRue memiliki kelayakan perundangan yang mengagumkan merentasi Amerika Utara, sebagai ahli Badan Peguam Antarabangsa dan Kanada, ahli bersekutu Badan Peguam Amerika, serta ahli Persatuan Penasihat Korporat Bahagian Amerika Utara.

“Pelantikan En. LaRue sebagai Ketua Pegawai Perundangan ialah bukti komitmen kami dalam menarik bakat teratas dan meningkatkan pasukan pengurusan kanan kami secara sistematik bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada pelanggan kami,” kata Charles Boulanger, CEO LeddarTech.

Pengembangan di Toronto, Kanada

LeddarTech terus mengembangkan operasinya dengan pengumuman pejabat penyelidikan dan pembangunan Kanada baharu di Toronto, yang dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Automotif TorontoLeddarTech.

Pusat Kecemerlangan Automotif Toronto menempatkan pasukan pakar industri automotif yang menyumbang secara aktif kepada platform LiDAR keadaan pepejal LeddarTech dan mengkhusus dalam mendayakan penyelesaian pemanduan keselamatan aktif dan pemanduan berautonomi yang mematuhi ISO 26262, dengan kepakaran teras yang menyertakan kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, visi komputer dan sistem ADAS. Pasukan ini mempunyai pengalaman yang meluas dalam menyediakan penyelesaian sistem perisian yang boleh ditemui hari ini dalam beberapa jenama kereta penumpang perdana.

“Pakar automotif kanan dalam kemudahan Toronto kami membawakan pengalaman bernilai dan pengetahuan dalam membangunkan penyelesaian gred automotif yang memenuhi keperluan keselamatan fungsian yang sangat ketat,” kata Antonio Polo, Naib Presiden Kejuruteraan LeddarTech. En. Polo menyambung, “Kepakaran baharu ini juga menyokong rancangan pembangunan teknologi jangka panjang kami dan meningkatkan keupayaan organisasi untuk menyokong keperluan penyelesaian LiDAR pelanggan menerusi penyepaduan LeddarEngine™ kami yang unik untuk aplikasi pemanduan autonomi.”

LeddarTech® bercadang untuk mengembangkan kehadirannya di Kawasan Toronto Raya dan sedang merekrut jurutera sistem tambahan secara aktif untuk menyumbang kepada pembangunan platform LiDAR keadaan pepejalnya.

Pusat Kecemerlangan Automotif Toronto akan mengadakan Pembukaan Rasmi pada 2 Mei 2019.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12119

No comments:

Post a Comment