Saturday, June 1, 2019

ARYAKA DINAMAKAN KE LEADERBOARD PERKHIDMATAN SD-WAN PEMBAWA TERURUS AMERIKA SYARIKAT 2018 VERTICAL SYSTEMS GROUP

Penyedia-penyedia dalam Penyelidikan VSG Terkini Dicatatkan sebagai Pilihan Terbaik kerana Menyediakan Perkhidmatan SD-WAN Hujung ke Hujung yang Berskala Besar, Kompleks dan Bingkas

SAN MATEO, Calif., 30 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aryaka®, pemimpin dunia di dalam SD-WAN terurus, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinamakan ke dalam LEADERBOARD Perkhidmatan SD-WAN Pembawa Terurus Amerika Syarikat 2018 Vertical Systems Group. Lapan buah syarikat yang disenaraikan ke dalam LEADERBOARD itu mempunyai penguasaan pasaran paling tinggi bagi tapak pelanggan SD-WAN Pembawa Terurus yang dipasang di Amerika Syarikat setakat pada akhir tahun 2018.

Vertical Systems Group mentakrifkan sebuah Perkhidmatan SD-WAN Pembawa Terurus sebagai satu penawaran gred pembawa untuk pelanggan perniagaan yang diuruskan oleh sebuah pengendali rangkaian, menggunakan sebuah kerangka SDN, membolehkan penyambungan tapak tepi pelanggan yang dinamik dan menyediakan kawalan rangkaian berpusat dan kebolehlihatan hujung ke hujung. Definisi ini sejajar dengan istilah MEF untuk sebuah perkhidmatan SD-WAN.

Rick Malone, prinsipal bagi Vertical Systems Group berkata, “Penyedia-penyedia di dalam segmen Pembawa Terurus bagi pasaran SD-WAN telah muncul sebagai pilihan terbaik untuk menyampaikan perkhidmatan SD-WAN hujung ke hujung yang berskala besar, kompleks dan bingkas.”

Menurut Vertical Systems Group, lapan buah syarikat itu yang dimasukkan ke dalam LEADERBOARD Perkhidmatan SD-WAN Pembawa Terurus Amerika Syarikat 2018 menangani keperluan perangkaian yang pantas berubah bagi pelanggan perusahaan dan perniagaan besar di seluruh dunia. Vertical BLOG terkini syarikat itu, Semakan Realiti Perkhidmatan SD-WAN Terurus, menyatakan bahawa empat C yang saling berkaitan – Kos, Awan, Penyambungan dan Kawalan – adalah apa yang mendorong penghijrahan pelanggan kepada perkhidmatan SD-WAN.

“Kami merasa sangat dihormati kerana dinamakan ke dalam Leaderboard Vertical Systems Group bagi perkhidmatan SD-WAN Pembawa Terurus. Ini adalah satu pengesahan hebat terhadap nilai unik yang dibawa oleh Aryaka dengan tindanan teknologi mereka yang sangat berinovatif dan rangkaian global mereka. Kami percaya cara terbaik bagi perusahaan global untuk mempercepatkan transformasi WAN adalah dengan menggunakan WAN mereka sebagai satu perkhidmatan global yang terurus sepenuhnya, dalam cara yang sama seperti mereka mengalami aplikasi SaaS dan penyedia awan infrastruktur sebagai perkhidmatan,” kata Shashi Kiran, Ketua Pegawai Pemasaran di Aryaka.

Dalam tempoh enam bulan yang lalu, Aryaka telah membuat kemajuan utama di dalam perniagaan. Awal bulan ini, syarikat itu mengumumkan ia telah menutup satu pusingan pembiayaan Siri F berjumlah $50 juta yang diketuai oleh Goldman Sachs Private Capital Investing. Dan momentum syarikat itu telah diterjemahkan ke dalam pelbagai kemenangan bagi pelanggan yang berprofil tinggi. Untuk menamakan beberapa buah syarikat itu, dalam tempoh beberapa bulan yang lalu, syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah menjadi sebuah penyedia perkhidmatan strategik kepada HMSHost International, sebahagian daripada Autogrill S.p.A., pengendali outlet makanan dan minuman global yang terbesar di dunia di lapangan terbang, stesen kereta api dan stesen minyak. Pilot Freight Services, sebuah syarikat pengangkutan dan logistik dan pengangkut barang Amerika Syarikat milik persendirian yang terbesar, telah memilih Aryaka di atas SD-WAN mereka ketika syarikat itu memulakan transformasi digital mereka. Makino, sebuah peneraju dunia di dalam pemotongan logam dan teknologi pembuatan, telah memilih SD-WAN sebagai satu Perkhidmatan milik Aryaka untuk memberi respons kepada pelanggan dengan lebih pantas dan membolehkan penghijrahan awan mereka. Dan Element Solutions Inc., sebuah pengeluar pelbagai bagi produk kimia khusus berteknologi tinggi dan pembekal perkhidmatan teknikal, telah memilih SD-WAN terurus oleh Aryaka untuk menyatukan infrastruktur global mereka di lebih 200 tapak.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Aryaka, sila layari: https://www.aryaka.com/

Layari blog Aryaka: https://www.aryaka.com/blog/

Ikuti Aryaka di Twitter: @AryakaNetworks

Layari Aryaka di LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/aryaka-networks/

Maklumat mengenai Aryaka

Aryaka adalah sebuah peneraju dunia di dalam mempercepatkan transformasi WAN untuk perusahaan global. Dengan lebih 800 pelanggan perusahaan, dan semakin berkembang pesat, Aryaka merupakan penanda aras industri untuk penyelesaian SD-WAN yang terurus. Penawaran Aryaka yang sangat bersepadu menyatukan sebuah rangkaian global dengan tindanan teknologi yang sangat berinovatif untuk perkhidmatan pengoptimuman, keselamatan dan awan WAN, kesemuanya disampaikan sebagai satu perkhidmatan terurus.

Maklumat mengenai Vertical Systems Group

Vertical Systems Group diiktiraf di seluruh dunia sebagai sebuah firma penyelidikan pasaran dan perundingan strategik yang terkemuka yang mengkhususkan diri di dalam pengkuantitian yang boleh dipertahankan bagi industri rangkaian. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari www.verticalsystems.com dan Twitter @VerticalSys.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12199

No comments:

Post a Comment