Monday, June 10, 2019

MARY KAY INC. MENJALIN KERJASAMA DENGAN THE NATURE CONSERVANCY UNTUK MEMAJUKAN PENANGKAPAN IKAN SECARA LESTARI DI TELUK MEXICO

Perkongsian itu, yang memberi manfaat kepada Program Kebingkasan Perikanan & Pantai Texas, akan menangani masalah seperti penangkapan ikan secara berlebihan dan kerosakan habitat


DALLAS, 10 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah pemimpin antarabangsa di dalam tanggungjawab korporat dan sosial, hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan The Nature Conservancy untuk memajukan amalan penangkapan ikan secara lestari di Teluk Mexico. Program itu, yang dinamakan Program Kebingkasan Perikanan & Pantai Texas, bertujuan untuk menangani masalah seperti penangkapan ikan secara berlebihan, kerosakan habitat, dan tangkapan sampingan — penangkapan sampingan bagi spesies yang tidak menjadi sasaran semasa penangkapan secara komersial.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20190607005074/en/

“Kita masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk melakukan bahagian kita dalam melindungi sumber yang paling berharga di planet ini: lautan kita,” kata Deb Gibbins, Ketua Pegawai Operasi bagi Mary Kay. “Adalah menjadi harapan kami bahawa dengan menjalin kerjasama dengan The Nature Conservancy, Mary Kay akan dapat memajukan ekosistem dan pemuliharaan biodiversiti.”

Program itu akan menyokong pengurusan perikanan untuk memulih dan mengekalkan ekosistem akuatik, dan pada masa yang sama memupukkan inovasi, kerjasama komuniti, dan dasar-dasar yang membolehkan kelestarian di seluruh Teluk itu. Ketika lebih ramai orang tertarik ke negeri-negeri pesisir untuk ekonomi mereka yang berkembang pesat, cara mereka mengekalkan pertumbuhan akan secara langsung memberi kesan kepada kesihatan sumber semula jadi mereka.

Ditubuhkan pada tahun 1951, The Nature Conservancy adalah organisasi pemuliharaan terkemuka, yang berusaha di seluruh dunia untuk melindungi tanah dan air yang penting dari segi ekologi untuk alam dan manusia. Amalan The Conservancy berakar umbi dalam sains dan didorong oleh penyelesaian yang pragmatik kepada ancaman pemuliharaan yang paling mendesak pada skala paling besar.

Berusaha merentasi ke seluruh Teluk, pelaburan Mary Kay akan memberi manfaat kepada:
  • Sains: Mewujudkan projek-projek demonstrasi dengan keutamaan perikanan untuk menunjukkan manfaat daripada pengurusan yang lebih baik dan membina momentum bagi perubahan di dalam perikanan lain.
  • Pemimpin: Memacukan eksperimentasi yang memanfaatkan perkongsian dan sumbangan berinovatif daripada pihak berkepentingan bukan kerajaan untuk meningkatkan kapasiti pengurusan mudah suai dan  kerjasama.
  • Teknologi: Menunjukkan dan mempengaruhi penyepaduan bagi sistem maklumat moden dan alat dan teknologi menyokong keputusan untuk menyelaraskan pengumpulan data dan tindak balas pengurusan mudah suai.
“Mary Kay telah lama berusaha untuk memberi kesan kepada perubahan yang akan memberi tenaga kepada bumi bagi generasi-generasi yang akan datang, dan kami amat berbangga untuk menjalin kerjasama dengan sebuah organisasi yang sejajar dengan misi untuk menggandakan kerja kami dalam memastikan sebuah ekosistem Teluk yang sihat dan maju,” kata Laura Huffman, pengarah serantau Texas bagi The Nature Conservancy. “Pelaburan ini di dalam program kami bukan sahaja menggerakkan jarum dari segi sains, dasar dan kerjasama komuniti, tetapi akan membantu kami membuktikan bahawa kami tidak perlu untuk memilih di antara kesihatan ekologi dan kesejahteraan ekonomi – apa yang kami lakukan adalah membantu orang dan alam semula jadi berkembang maju bersama-sama.”

Baru-baru ini, wakil-wakil dari Mary Kay telah mengambil bahagian di dalam Sidang Kemuncak Kepimpinan Plastik Lautan, acara pertama untuk mengadakan pertubuhan-pertubuhan terkemuka di dalam rantaian bekalan plastik mempamerkan inisiatif berimpak tinggi, prototaip strategi dan pendekatan baharu yang kreatif, dan merangsangkan pelaksanaan penyelesaian yang berskala besar kepada krisis plastik lautan melalui perkongsian, usahasama, dan inisiatif R&D yang penuh berinspirasi.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit yang canggih, kosmetik warna dan pemakanan tambahan. Melalui Mary Kay FoundationSM, syarikat itu telah menyalurkan lebih daripada $78 juta untuk penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190607005074/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment