Tuesday, June 11, 2019

RAKUTEN LANCAR RAKUTEN SPORTS: PENSTRIMAN LANGSUNG, PERKHIDMATAN VIDEO ATAS PERMINTAAN BAHARU MENYAMPAIKAN KANDUNGAN SUKAN KEPADA PEMINAT DI SELURUH DUNIA

- Perkhidmatan baharu akan menyiarkan permainan J.League kepada peminat di lebih daripada 140 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

- Akses Rakuten Sports sekarang di atas meja, mudah alih dan tablet: https://sports.rakuten.com


TOKYO, 11 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rakuten, Inc., sebuah pemimpin global di dalam perkhidmatan internet, hari ini mengumumkan pelancaran Rakuten Sports. Platform hiburan sukan penstriman langsung dan video atas permintaan (VOD) yang baharu ini yang disediakan oleh Rakuten akan menyampaikan kandungan sukan kepada penonton global.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190610005837/en/ 

Rakuten Sports menyediakan kepada penonton dengan perlawanan Meiji Yasuda J1 League dari musim 2019 sama ada secara langsung dan atas permintaan. Portfolio kandungan perkhidmatan itu, yang pada masa ini bertumpu kepada bola sepak, juga menampilkan siri asal Iniesta TV, yang mengikuti bintang bola sepak antarabangsa Andrés Iniesta yang bermain untuk kelab bola sepak J.League Kumpulan Rakuten, Vissel Kobe. Rakuten telah bekerjasama dengan Lagardère Sports, pengedar hak media antarabangsa bagi liga bola sepak profesional Jepun, untuk mengedarkan perlawanan J.League musim 2019 kepada peminat di lebih daripada 140 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, tidak termasuk Jepun dan wilayah terpilih.*1 Perkhidmatan baharu itu direka untuk menarik minat peminat bola sepak di Vietnam, Singapura, Filipina, Indonesia, Malaysia, Kemboja, Myanmar, Laos dan negara-negara lain di Asia Tenggara, di mana populariti sukan itu semakin meningkat dan pangkalan peminat J.League semakin berkembang.

“Rakuten yakin di dalam kuasa sukan untuk menjangkau halangan bahasa dan budaya – satu kuasa yang menghubungkan orang dan mewujudkan masyarakat,” kata Makoto Arima, Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Rakuten, Ketua Pegawai Hasil dan Presiden bagi Rakuten Media & Sports Company. “Kami sangat gembira kerana dapat menyampaikan kegembiraan sukan kepada peminat di seluruh dunia, itulah sebabnya Rakuten telah bekerja bersama rakan-rakan kami untuk membawa dan menghidupkan pelbagai barisan inisiatif sukan. Rakuten Sports mewakili satu bahagian penting di dalam misi ini. Kami berharap dapat menyumbang kepada pertumbuhan berterusan J.League dengan berkongsi apa yang boleh ditawarkan oleh liga itu dengan peminat bola sepak di seluruh dunia.”

Masaaki Kimura, Pengarah Urusan Kanan bagi J.League (Liga Bola Sepak Profesional Jepun) berkata, “Kami teramat gembira untuk mendengar bahawa Rakuten Sports akan mengedarkan perlawanan Meiji Yasuda J1 League ke seluruh dunia menerusi platform mereka pada musim 2019. Di samping bintang handalan antarabangsa seperti Andrés Iniesta dan Fernando Torres yang beraksi dalam liga itu, kami merasakan minat global yang semakin meningkat ke arah liga kami. Kami berharap untuk mempunyai satu sinergi positif dengan Rakuten Sports dan menjadikan liga itu menjadi lebih menarik bagi semua peminat sukan di seluruh dunia untuk menikmatiya.”

Sebagai tambahan kepada bola sepak, Rakuten Sports merancang untuk menambah penawaran mereka dengan memperkenalkan bola keranjang, pingpong dan sukan lain pada masa akan datang. Melangkah ke hadapan, platform hiburan sukan itu juga merancang untuk memperkenalkan keupayaan penglibatan pengguna baharu yang akan membolehkan peminat sukan global untuk berinteraksi dengan kandungan semasa berkomunikasi dengan peminat sukan lain dalam cara yang baharu dan berinovatif. Rakuten berhasrat untuk menyumbang kepada pemerkasaan komuniti sukan global dengan mengedarkan kandungan berasaskan sukan yang menarik perhatian penggemar di seluruh dunia.

*1 Perlawanan J.League boleh ditonton di seluruh dunia, kecuali di negara dan wilayah berikut: Algeria, Bahrain, Bosnia dan Herzegovina, Brunei, Kanada, Chad, China, Croatia, Djibouti, Mesir, FYR Macedonia, Hong Kong, Iran, Iraq, Jepun, Jordan, Kosovo, Kuwait, Lubnan, Libya, Macao, Mauritania, Mongolia, Montenegro, Maghribi, Oman, Palestin, Qatar, Republik Sudan, Arab Saudi, Serbia, Slovenia, Somalia, Korea Selatan, Sudan Selatan, Syria, Thailand, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat dan Yaman. Iniesta TV boleh ditonton di seluruh dunia (akses internet diperlukan).

Gambaran Keseluruhan bagi Rakuten Sports
Nama: Rakuten Sports
URL: https://sports.rakuten.com
Pelancaran perkhidmatan: 11 Jun, 2019
Penerangan perkhidmatan: Rakuten Sports adalah sebuah penstriman langsung dan perkhidmatan video atas permintaan yang mengedarkan kandungan sukan kepada penonton global.
Portfolio kandungan: Penstriman langsung perlawanan dan video atas permintaan dari Meiji Yasuda J1 League musim 2019 (3 perlawanan bagi setiap pusingan), Iniesta TV dan lebih banyak lagi
* Perlawanan J.League dapat dilihat di lebih daripada 140 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, tidak termasuk yang berikut:
Algeria, Bahrain, Bosnia dan Herzegovina, Brunei, Kanada, Chad, China, Croatia, Djibouti, Mesir, FYR Macedonia, Hong Kong, Iran, Iraq, Jepun, Jordan, Kosovo, Kuwait, Lubnan, Libya, Macao, Mauritania, Mongolia, Montenegro, Maghribi, Oman, Palestin, Qatar, Republik Sudan, Arab Saudi, Serbia, Slovenia, Somalia, Korea Selatan, Sudan Selatan, Syria, Thailand, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat dan Yaman
** Rakuten Sports akan terus mengembangkan portfolio kandungan mereka ke hadapan.
Peranti yang disokong: Rakuten Sports boleh dilihat pada TV pintar, komputer, telefon pintar, tablet dan peranti yang dapat bersambung ke internet.
Bahasa yang disokong: Bahasa Inggeris

Maklumat mengenai Rakuten Sports
Rakuten Sports adalah sebuah platform penstriman langsung dan video atas permintaan dan komuniti global yang memperkasakan perlawanan sukan secara langsung dari liga-liga dan pasukan-pasukan terkemuka dari seluruh dunia, dengan sesi wawancara eksklusif dari balik tabir dan rakaman istimewa daripada atlet-atlet bertaraf dunia. Menjangkau kepada peminat merentasi pelbagai peranti, termasuk atas meja, mudah alih dan tablet, Rakuten Sports adalah sebuah perkhidmatan hiburan sukan utama bagi Rakuten.

Maklumat mengenai Lagardère Sports
Lagardère Sports adalah sebuah agensi pemasaran sukan terkemuka, dengan satu rangkaian global yang terdiri daripada pakar-pakar tempatan yang berdedikasi untuk memberikan penyelesaian berinovatif yang memenuhi keperluan pelanggan kami. Kami percaya sukan memberi inspirasi kepada emosi dan keghairahan yang penting untuk memperkayakan kehidupan manusia sejagat dan menjanakan pengalaman kolektif yang mantap. Di Lagardère Sports, kami mendedikasikan kepakaran dan keghairahan kami untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan akses istimewa kepada peluang sukan yang tidak terbatas. Lagardère Sports adalah merupakan sebahagian daripada Lagardère Sports and Entertainment, sebuah syarikat dengan lebih daripada 1,700 orang pekerja di seluruh dunia dan 50 tahun pengalaman.

Maklumat mengenai Rakuten
Rakuten, Inc. (TSE: 4755) adalah sebuah peneraju dunia di dalam perkhidmatan internet yang memperkasakan orang perseorangan, komuniti, perniagaan dan masyarakat. Diasaskan di Tokyo pada tahun 1997 sebagai sebuah tempat pasaran dalam talian, Rakuten telah berkembang untuk menawarkan perkhidmatan di dalam e-dagang, fintech, kandungan digital dan komunikasi kepada lebih daripada 1.2 bilion ahli di seluruh dunia. Kumpulan Rakuten mempunyai lebih 17,000 orang pekerja, dan menjalankan operasi di 30 buah negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut sila layari https://global.rakuten.com/corp/.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190610005837/en/

Hubungi

Pertanyaan Media 

Rakuten, Inc.
Jabatan Komunikasi Korporat
global-pr@mail.rakuten.com
(+81) 50-5817-1104

Lagardère Sports
James Francis
Edelman
105 Victoria Street, London SW1E 6QT, United Kingdom
+44(0)7812 734 731
www.edelman.co.uk

Sumber : Rakuten, Inc.

No comments:

Post a Comment