Tuesday, June 18, 2019

BUDAYA CHEN JINGGU DARI GUTIAN FUJIAN MEMBANTU UNTUK MENINGKATKAN PERTUKARAN KEBUDAYAAN RENTAS SELAT

GUTIAN, China, 18 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Daerah Gutian CPC, sebagai sebahagian daripada Forum Selat ke-11, Festival Pelancongan Kebudayaan Chen Jinggu dan upacara untuk menamakan Istana Linshui Gutian sebagai “Pangkalan Pertukaran Kebudayaan Rentas Selat” telah diadakan pada 13 Jun di Tokong Nenek Moyang Istana Linshui di Daerah Gutian,  Bandar raya Ningde, wilayah Fujian. Lebih daripada 2,000 orang termasuk 170 tetamu dari Taiwan telah menghadiri acara tersebut.
 
“Chen Jinggu, yang juga dikenali sebagai 'Lady Linshui', diberi penghormatan sebagai pelindung bagi wanita dan kanak-kanak yang 'menyelamatkan ibu mengandung, melindungi bayi, dan memberkati rakyat,” kata Zhong Changhua, Setiausaha Jawatankuasa Daerah Gutian CPC, pada majlis perasmian itu. Hari ini, lebih daripada 4,000 subcawangan bagi Istana Linshui berselerak di seluruh pelusuk dunia. Dengan sejarah yang mencakupi beribu-ribu tahun, kepercayaan cerita rakyat Chen Jinggu telah berkembang menjadi sebahagian daripada Budaya Fuzhou, Fujian dan Budaya Taiwan dan Budaya Laluan Sutera Maritim dengan daya tarikan dan pengaruhnya. Ia kini menjadi satu fenomena kebudayaan yang berpengaruh di kalangan komuniti Cina di seluruh dunia.
 
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan mengambil kesempatan daripada budaya Chen Jinggu, Daerah Gutian telah menarik perhatian syarikat-syarikat dan organisasi Taiwan kepada landskap industri Gutian, memperkenalkan pengalaman Taiwan di dalam bidang pertanian dan inovasi kebudayaan, memperluaskan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Taiwan, dan membina jenama “Ribuan Tahun Linshui Lama dalam Gutian yang Sihat”.
 
Dengan bertemakan “Ribuan Tahun Hubungan Kekeluargaan dengan Linshui dan Sebuah Keluarga Rentas Selat”, festival kebudayaan ini telah diadakan oleh Persatuan Pertukaran Kebudayaan Chen Jinggu bagi Tokong Nenek Moyang Istana Linshui Gutian dan dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Revolusi bagi Kuomintang China Bandar Raya Ningde, Biro Pelancongan Kebudayaan Ningde, Persekutuan Wanita bagi Bandar Raya Ningde, dan Persatuan Dewi Shuntian Taiwan di bawah bimbingan Persatuan Persahabatan Luar Negara bagi Bandar raya Ningde, Pejabat Hal Ehwal Taiwan, Hong Kong, dan Macao bagi Kerajaan Ningde, dan Kerajaan Daerah Gutian.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Daerah Gutian CPC
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment