Friday, June 7, 2019

KAMERA GENIE NANO-CXP BARU MENAWARKAN KELAJUAN DAN RESOLUSI TINGGI YANG TIADA BANDINGANNYA

WATERLOO, Ontario, 7 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, sebuah syarikat Teledyne Technologies (NYSE: TDY) dan peneraju global dalam teknologi visi mesin, berbangga mengumumkan siri Genie Nano-CXP barunya, siri CoaXPress kamera pengesanan kawasan CMOS yang mentakrifkan semula prestasi dan menampilkan On-Semiconductor dan sensor E2V yang terkini.

Sensor CMOS imej terkemuka industri baru ini berada dalam julat resolusi 16 hingga 67 megapiksel dengan tambahan teknologi CoaXPress 6.25 Gbps yang menawarkan kelajuan menakjubkan, kualiti binaan yang teguh untuk pelbagai suhu pengendalian, serta ciri tiada bandingan pada harga yang hebat. Dilengkapkan sepenuhnya oleh pemegang bingkai Xtium-CXP separa panjang, ia direka bentuk untuk berfungsi secara selaras, meminimumkan penggunaan CPU dan meningkatkan masa pemprosesan oleh aplikasi hos dengan mendayakan hasil mapan maksimum dan data imej yang sedia untuk digunakan.

Menawarkan 25 juta piksel pada 80 bps dalam bentuk faktor kecil, kamera Genie Nano-CXP baru ini direka untuk memberikan hasil berkelajuan tinggi dan boleh diharap untuk aplikasi seperti pemeriksaan wafer semikonduktor, penghasilan elektronik, pemeriksaan panel solar dan visi mesin.

Ciri Utama:

- 4 model pertama dengan 16 dan 25M ditawarkan dalam kedua-dua versi monokrom dan NIR dipertingkatkan.
- Kamera CXP 25M terkecil dalam industri
- Kebolehpercayaan Cetus-ke-Imej Rangka kerja (T2IR) meningkatkan kebolehpercayaan sistem pemeriksaan anda dan melindungi daripada kehilangan data
- Patuh GenICam, GenCP
- Binaan logam sepenuhnya yang kukuh dengan waranti selama 3 tahun


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang model Genie Nano-CXP, lawati tapak web. Untuk imej berkualiti tinggi, sila lawati kit media dalam talian kami.

Teledyne DALSA ialah sebahagian daripada kumpulan Teledyne Imaging dan peneraju dunia dalam rekaan, pengilangan dan penyediaan komponen pengimejan digital untuk pasaran visi mesin. Sensor imej, kamera, kamera pintar, penangkap bingkai, perisian dan penyelesaian visi Teledyne DALSA digunakan dalam ribuan sistem pemeriksaan automatik di seluruh dunia dalam pelbagai industri termasuk semikonduktor, sel suria, paparan panel rata, barangan elektronik, automotif, perubatan, pembungkusan dan pengilangan umum. Untuk maklumat lanjut, lawati www.teledynedalsa.com/mv.

Teledyne Imaging ialah sekumpulan syarikat termaju yang bernaung di bawah jenama Teledyne. Teledyne Imaging membentuk kumpulan pakar merentas spektrum dengan pengalaman beberapa dekad lamanya. Secara individu, setiap syarikat menawarkan penyelesaian yang terbaik dalam bidangnya. Secara berkumpulan, syarikat-syarikat ini menggabungkan dan menggunakan kekuatan satu sama lain untuk menyediakan portfolio teknologi pengimejan dan berkaitan yang paling meluas dan mendalam di dunia. Daripada aeroangkasa hingga pemeriksaan industri, radiografi dan radioterapi, pensurveian geospatial serta penyelesaian MEMS dan semikonduktor canggih, Teledyne Imaging menawarkan sokongan pelanggan seluruh dunia dan kepakaran teknikal untuk menjalankan tugas yang paling sukar. Alat, teknologi dan penyelesaian penglihatan mereka dibina untuk memberikan kelebihan yang unik dan berdaya saing kepada pelanggan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12220

No comments:

Post a Comment