Saturday, June 22, 2019

PEMENANG UTAMA KEMPEN KITA-KITA AJE BAWA PULANG 1KG JONGKONG EMAS





SELANGOR, 21 Jun (Bernama) -- Agrobank meraikan tujuh (7) orang pemenang ‘Kempen Kita-Kita Aje’ pada 20 Jun 2019 di majlis penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani sambil disaksikan oleh YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Agrobank dan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank sempena majlis sambutan hari raya Aidilfitri Agrobank yang diadakan di MAEPS Serdang, Selangor.

‘Kempen Kita-Kita Aje’ yang merupakan salah satu inisiatif bank untuk mempromosikan produk berasaskan fi ini telah berlangsung bermula pada 1 Jun 2018 sehingga 31 Mac 2019 terbuka kepada pelanggan Agrobank yang melanggan produk berasaskan fi seperti AgroCash-i, Hartani-i, Ar-Rahnu, Takaful Kasih Plus, Agro Mabrur-i, Agro Nurani, Agro Madani dan penulisan Wasiat.

Dua (2) pemenang utama telah membawa pulang hadiah berupa jongkong emas 999.9 seberat 1kg dan sebuah Honda HRV 1.8L. Pemenang bertuah lain yang hadir turut memenangi pakej dekorasi rumah IKEA, pakej umrah / percutian dan komputer Mircrosoft Surface Pro dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai sehingga RM2 juta. Selain itu juga, melalui ‘Kempen Kita-Kita Aje’ seramai 30 orang pemenang telah terpilih sebagai pemenang bertuah dan memenangi hadiah berupa baucer PETRONAS bernilai RM500 serta deposit bernilai RM500 melalui akaun FRIA-i Agrobank. Berikut adalah senarai pemenang utama bagi ‘Kempen Kita-Kita Aje’:
 
NONAMACAWANGANUMURHADIAH
1Nanyan Bin HamidSeberang Perak64 1kg jongkong emas 999.9
2Noor Aini Binti Abd MajidIpoh49 Honda HRV 1.8 L
3Razuwati Binti MuhamadGua Musang35 Pakej dekorasi rumah IKEA
4Kh’ng Seng LeongTanjung Malim37 Pakej dekorasi rumah IKEA
5Mohd Sunip Bin Haji Abd RahimSungai Besar64 Pakej Umrah
6Wai Choi PingTemerloh36 Pakej Percutian
7Muhammad Nazmi Bin KandarMuar34 Komputer Mircrosoft Surface Pro
 
Menurut Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, kempen ini merupakan salah satu inisiatif Bank untuk meningkatkan deposit kos rendah Bank menerusi produk AgroPrimaS di samping mempromosikan produk berasaskan fi lain seperti produk perlindungan Takaful Kasih Plus yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM10 dengan manfaat perlindungan bernilai RM10,000 (1 tahun). 
 
Untuk makluman, sambutan hari raya kali ini adalah bermakna kerana Agrobank turut meraikan ulang tahun ke-50nya. Ditubuhkan pada tahun 1969 dengan misi meningkatkan taraf pertanian di Malaysia, Agrobank teruk melangkah kehadapan dan terlibat secara aktif dalam membantu membangunkan sektor pertanian negara dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah.

 “Sepanjang 50 tahun penubuhan Bank, Agrobank komited dalam usaha membantu memperkukuhkan ekonomi negara melalui sokongan dan penyediaan kredit yang menyeluruh untuk komuniti pertanian. Kami akan terus memberi sokongan kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara menerusi perkhidmatan yang ditawarkan.  Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan (IKP) yang dimandatkan untuk memakmurkan sektor pertanian, kami sememangnya amat berbangga melihat pencapaian dan  kejayaan agropreneur sepanjang 50 tahun penubuhan Agrobank dan diharap usaha memajukan sektor pertanian ini akan terus berjaya,” tambah Syed Alwi.
 
Turut berlangsung di majlis ini juga adalah penyampaian sumbangan zakat daripada Agrobank berjumlah RM104,500 kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim daripada lima (5) buah pertubuhan.
 
Majlis berlangsung bersempena dengan sambutan hari raya Aidilfiti Agrobank 2019 yang diserikan oleh sekurang-kurangnya 1,200 orang tetamu daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Bank Negara, agensi-agensi kerajaan dan swasta, pihak berkepentingan Bank, para pelanggan dan rakan media. 

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my 

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.  

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

Sumber: Agrobank

No comments:

Post a Comment