Friday, June 28, 2019

SECURE-24, SEBUAH SYARIKAT NTT COMMUNICATIONS, AKAN MENGAMBIL ALIH SYMMETRY, PENYEDIA PERKHIDMATAN TERURUS SAP TERKEMUKA DI AMERIKA SYARIKAT

TOKYO, 26 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), dan Symmetry Holding Inc. (Symmetry), sebuah penyedia terkemuka bagi perkhidmatan terurus SAP yang berpangkalan di Amerika Syarikat, hari ini mengumumkan bahawa Secure-24 Intermediate Holdings, Inc. (Secure-24), anak syarikat milik sepenuhnya NTT Com, telah memasuki satu perjanjian muktamad pada 26 Jun (Masa Standard Jepun), yang mana Secure-24 akan sepenuhnya mengambil alih Symmetry.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190625006084/en/

Perkhidmatan terurus adalah merupakan satu daripada keupayaan utama NTT Com yang sedang diperkuatkan untuk menyokong transformasi digital pelanggan mereka sebagai sebuah DX Enabler™. Secure-24 telah memainkan peranan utama untuk menyampaikan keupayaan tersebut terutama di pasaran Amerika Syarikat. Symmetry mempunyai kepakaran yang meluas di dalam perkhidmatan terurus SAP, yang ia sampaikan kepada pelanggan perusahaan besar dalam pelbagai industri termasuk produk pengguna, sains hayat, pembuatan dan teknologi tinggi di Amerika Syarikat, pasaran terbesar dunia bagi perkhidmatan terurus. Symmetry juga menawarkan perkhidmatan penghijrahan dan operasi untuk SAP S/4 HANA, sebuah platform yang fleksibel dan berkelajuan tinggi, yang dijangka akan digunakan secara meluas.

“Pemerolehan Symmetry membolehkan kami untuk mengukuhkan perkhidmatan terurus yang komprehensif yang kami berikan kepada pelanggan kami, dan pada masa yang sama membuka pintu kepada peluang-peluang baharu,” kata Mike BeDell, Ketua Pegawai Eksekutif, Secure-24. “Dengan gabungan kepakaran bagi kedua-dua syarikat dan portfolio meluas Symmetry bagi perkhidmatan SAP terurus kami kini berada pada satu kedudukan untuk memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami di seluruh dunia.”

“Selama lebih 20 tahun, Symmetry telah komited untuk memberikan perkhidmatan hos awan SAP yang berkualiti tinggi dan perkhidmatan pengurusan aplikasi ke pasaran dan pelanggan kami,” kata Pete Stevenson, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Symmetry. “Kami berharap dapat memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami dengan penawaran yang diperluaskan dan sumber global yang ditawarkan oleh Secure-24, tanpa mengorbankan sokongan sentuhan dan komitmen yang tinggi kepada kejayaan pasukan kami laksanakan dan pelanggan kami harapkan.”

Urus niaga itu dijangka ditutup pada tahun 2019 dan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak pengawalseliaan. Melalui pengambilalihan 100 peratus ini, kekuatan unik Symmetry akan diintegrasikan sepenuhnya ke dalam ekosistem NTT Com, termasuk perkhidmatan IT terurus secara total mereka dan perkhidmatan awan, rangkaian dan perkhidmatan pusat data, untuk operasi dan penyelenggaraan yang semakin mantap bagi persekitaran IT hibrid pelanggan.

NTT Com akan terus meningkatkan sistem teknikal dan perniagaan mereka untuk menyampaikan perkhidmatan terurus yang mapan yang mendorong transformasi digital untuk pelanggan.

Gambaran Keseluruhan bagi Symmetry

Perbadanan: Symmetry Holding Inc.

Ditubuhkan: 1998

Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif: Pete Stevenson

Ibu pejabat: Wisconsin, Amerika Syarikat

Perniagaan: Perkhidmatan terurus IT dengan memberi tumpuan kepada SAP

Industri utama: Produk pengguna, sains hayat, pembuatan dan teknologi tinggi

Maklumat mengenai NTT Communications

NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 400,000m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Data, NTT Security, NTT DOCOMO dan Dimension Data, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.
www.ntt.com | Twitter@NTTcom | Facebook@NTTcom | LinkedIn@NTTcom

Maklumat  mengenai Secure-24
Secure-24, sebuah Syarikat NTT Communications, mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam menyampaikan hos aplikasi misi kritikal, perkhidmatan IT terurus dan perkhidmatan awan yang komprehensif kepada perusahaan di seluruh dunia. Tumpuan Secure-24 ke atas perkhidmatan, sokongan, tadbir urus dan pematuhan yang unggul telah mendorong kadar kepuasan pelanggan yang utama di dalam industri. Syarikat itu adalah sebuah Hos SAP yang disahkan, HANA, dan Rakan Awan, sebuah Rakan Emas Microsoft dan sebuah Rakan Emas Oracle yang menguruskan suite Oracle E-Perniagaan, aplikasi PeopleSoft, JD Edwards dan Hyperion merentasi semua industri untuk perniagaan setiap saiz. Secure-24 telah dinamakan sebagai 100 Tempat Terbaik untuk Bekerja dalam IT selama enam tahun berturut-turut oleh Computerworld.
Layari www.secure-24.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Secure-24.

Maklumat mengenai Symmetry
Symmetry™ menguruskan pelaksanaan SAP yang kompleks pada satu skala global untuk lebih daripada 200 perusahaan terkemuka di dunia. Dengan model perniagaan proprietari mereka yang berpusatkan klien – Cara Symmetry  – digabungkan dengan platform penyedia SAP yang termaju di dalam industri dan suite perisian ControlPanelGRC® yang terkemuka di dalam industri, Symmetry menyampaikan perkhidmatan pengurusan aplikasi SAP sentuhan tinggi yang pakar merentasi semua persekitaran pergerakan, termasuk di premis, dihoskan dan persendirian, awan awam dan hibrid. Dengan lebih daripada 23 tahun dalam perniagaan, Symmetry telah membina sebuah asas kepakaran yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana penyedia perkhidmatan SAP bebas yang lain. Sebuah rakan SAP sejak tahun 2005, Symmetry disahkan dalam Hos SAP, Awan dan Operasi SAP HANA. Symmetry berpangkalan di Brookfield, Wis, dengan lokasi merentasi Amerika Utara dan Eropah.
Ketahui lebih lanjut di https://symmetrycorp.com

Nama syarikat dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di dalam siaran akhbar ini adalah merupakan tanda perniagaan, tanda perkhidmatan dan tanda perniagaan berdaftar bagi setiap syarikat.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190625006084/en/

Hubungi
Untuk maklumat lanjut 
Masaki Nomoto, Osamu Inoue
Perhubungan Awam
Jabatan Perancangan Korporat
NTT Communications
Tel: +81 3 6700 4010
E-mel: pr-cp@ntt.com

IGNITE Consulting, bagi pihak Secure-24
Kathleen Sullivan, 303-439-9365
secure-24@igniteconsultinginc.com

Sumber : NTT Communications Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA 

No comments:

Post a Comment