Friday, June 28, 2019

Hotel Royal Classic Osaka terima tempahan dalam talian mulai 1 Julai, sebelum dibuka 1 Dis

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Hotel Royal Classic Osaka, Jepun akan menerima tempahan dalam talian, mulai 1 Julai, walaupun dijadual dibuka pada 1 Dis.
Dikendalikan oleh Royal Classic Ltd (anak syarikat Bellco Co Ltd), hotel itu direka bentuk oleh arkitek terkemuka Jepun yang turut terkenal di peringkat global, Kengo Kuma, yang menggabungkan bahagian hadapan bangunan teater Osaka Shin-Kabukiza.
Pembukaan hotel itu menandakan kelahiran mercu tanda baharu yang hebat di tengah kawasan Osaka Minami Area, menurut kenyataan itu.
Dengan 150 bilik tetamu dan suite mewah, Hotel Royal Classic Osaka menawarkan beberapa pilihan restoran, dewan majlis dan kemudahan perkahwinan. Ia juga merupakan tempat yang unggul untuk aplikasi perniagaan, kelengkapan pengantin dan lawatan. 
Hotel itu akan memastikan terus menghargai sejarah lokasi itu yang pernah menjadi tempat penting untuk aktiviti kebudayaan tempatan, menawarkan nilai baharu kepada Osaka Minami dan memacu pembangunan Osaka sebagai hab pelancong antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut, hubungi https://hotel-royalclassic.jp/en.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment