Thursday, June 13, 2019

TERNS PHARMACEUTICALS MEMULAKAN UJIAN KLINIKAL FASA 1 BAGI TERN-101

Kajian Fasa 1 akan menilai keselamatan dan ketahanan bagi TERN-101, sejenis agonis FXR dalam pembangunan untuk rawatan NASH
 
FOSTER CITY, Calif. & SHANGHAI, 13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terns Pharmaceuticals, Inc. hari ini mengumumkan permulaan bagi satu ujian klinikal Fasa 1 bagi TERN-101, sejenis agonis reseptor farnesoid X (FXR), yang dibangunkan untuk rawatan bagi steatohepatitis bukan alkohol (NASH). Permulaan bagi kajian itu di Amerika Syarikat mengikuti kelulusan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi permohonan Penyiasatan Ubat Baharu untuk TERN-101 yang difailkan awal tahun ini.
 
“Kami telah membuat kemajuan yang signifikan pada tahun ini, memajukan pembangunan bagi program utama kami, TERN-101, sebagai sebahagian daripada pendekatan khusus kami kepada NASH, satu keadaan di mana tiada pilihan rawatan yang sedia ada,” kata Erin Quirk, M.D., Ketua Pegawai Perubatan Terns. “Kami berharap untuk menilai data daripada ujian ini pada akhir tahun ini ketika kami menilai potensi faedah bagi TERN-101 dalam rawatan bagi NASH.”
 
Ujian Fasa 1 bagi TERN-101 adalah kajian yang dikawal oleh plasebo, dwibuta, secara rawak yang direka untuk menilai keselamatan, farmakokinetik dan biopenanda plasma bagi pengaktifan laluan FXR pada peserta yang menerima plasebo atau TERN-101 pada pelbagai peringkat dos selama 7 hari.
 
Ditemui di peringkat awal dan dikembangkan oleh Eli Lilly and Company, TERN-101 sebelum ini telah dimajukan melalui satu kajian Fasa 1 dan menunjukkan ciri-ciri farmakokinetik klinikal yang konsisten dengan dos sekali sehari. Pada tahun 2018, Terns mengumumkan satu perjanjian eksklusif di peringkat global dengan Eli Lilly untuk membangun, mengilang, dan mengkomersilkan TERN-101 bagi rawatan NASH. Terns sebelum itu telah membentangkan data praklinikal di Kongres Hati Antarabangsa™ 2019 di Vienna yang menunjukkan bahawa TERN-101 mengurangkan steatosis, keradangan, penggelembungan  dan fibrosis hati dalam model tikus obes yang disebabkan oleh diet NASH. Di samping percubaan Fasa 1 yang kini sedang berjalan di Amerika Syarikat, Terns juga merancang kajian di China sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan bagi TERN-101.
 
Maklumat mengenai TERN-101 dan Agonisme Reseptor Farnesoid X (FXR) 
 
TERN-101 adalah sejenis agonis FXR asid bukan hempedu yang kuat yang dibangunkan sebagai satu terapeutik untuk NASH. FXR adalah sejenis reseptor nuklear yang sangat dinyatakan di dalam hati dan usus kecil. Asid hempedu (BA) adalah ligan semula jadi bagi FXR, dan pengikatan mereka dan pengaktifan FXR adalah kritikal kepada pengawalan laluan selular yang memodulasikan sintesis BA, metabolisme lipid, keradangan, dan fibrosis. Agonisme dan pengaktifan FXR telah menunjukkan peningkatan terhadap plasebo dalam regresi bagi histologi fibrosis hati tanpa perkembangan kepada NASH dalam kajian peringkat akhir, menunjukkan potensi bagi agonis FXR untuk menjadi satu modaliti baharu bagi NAFLD dan NASH.
 
Maklumat mengenai NASH
 
Steatohepatitis bukan alkohol (NASH) adalah satu bentuk penyakit hati berlemak bukan alkohol yang teruk (NAFLD), yang disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di dalam hati. NASH dikaitkan dengan keradangan hati kronik dan kecederaan sel hati, dan ia boleh menyebabkan fibrosis, sirosis, dan akhirnya kanser hati atau kegagalan hati. Kadar global bagi NAFLD dan NASH meningkat dengan pesat, seiringan dengan kenaikan kadar obesiti. Pada masa ini tiada ubat yang diluluskan untuk rawatan NASH.
 
Maklumat mengenai Terns Pharmaceuticals
 
Terns Pharmaceuticals, Inc. adalah sebuah syarikat farmaseutikal peringkat klinikal yang memberi tumpuan kepada penemuan dan pembangunan ubat-ubatan untuk penyakit hati kronik dan kanser. Berpusat di China dan Amerika Syarikat, syarikat itu sedang memajukan sebuah saluran bagi calon-calon ubat bagi rawatan steatohepatitis bukan alkohol (NASH) dan kanser, merentasi pelbagai modaliti. Terns memanfaatkan kepakaran bertaraf dunia di dalam biologi penyakit, kimia perubatan, dan pembangunan klinikal, untuk membawa terapi baharu yang mempunyai masa depan yang cerah kepada pesakit di China dan pasaran global yang lain.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ternspharma.com dan www.ternspharma.com.cn
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190613005076/en/
 
Hubungi
 
Hubungan Media Amerika Syarikat:
Margaret Robinson
+(415) 690-0084
 
Hubungan Media China:
Yan Wan
+86 18611965371
 
Sumber : Terns Pharmaceuticals, Inc.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment