Tuesday, September 25, 2018

VISTA GLOBAL MEMPEROLEH XOJET, SYARIKAT PENERBANGAN PERNIAGAAN DI AMERIKA UTARA DENGAN 43 PESAWAT, MENGUKUHKAN KEDUDUKAN GLOBAL DENGAN 115 JET PERNIAGAAN

- Vista Global memperoleh flit dan operasi komersial XOJET
- Pemerolehan XOJET mengukuhkan kedudukan pasaran Vista Global di Amerika Utara
- Teknologi dan capaian seluruh dunia Vista Global bakal meningkatkan pertumbuhan XOJET
- Penyelesaian aset rendah Vista Global untuk terbang titik ke titik, bila-bila masa, di mana jua kini ditawarkan oleh dua jenama terkemuka, VistaJet dan XOJET
- XOJET mempercepat liputan hujung ke hujung Vista Global untuk penyelesaian penerbangan perniagaan

NEW YORK, 24 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Vista Global, kumpulan syarikat penerbangan yang ditubuhkan oleh Thomas Flohr maju selangkah lagi dalam usaha untuk mengukuhkan tempatnya dalam pasaran penerbangan perniagaan berpecah yang semakin berkembang dengan memperoleh flit dan operasi komersial XOJET. Pengangkut udara terkawal XOJET akan terus dikendalikan secara bebas dan usaha sama di bawah kawalan dan kepimpinan A.S., menurut kriteria Jabatan Pengangkutan A.S.

XOJET ialah platform penerbangan peribadi pada permintaan di Amerika Utara dengan model inovatif unggul dalam industri. Empat program keahlian XOJET memenuhi keperluan penerbangan perniagaan dengan pesawatnya di samping menyediakan alternatif pesawat bukan flit tambahan kepada pelanggan. Semua produk XOJET beraset rendah. Model perniagaan ini selari dengan trend makro global yang lazim dan digemari oleh korporat dan UHNWI.

Menepati budaya inovatifnya, XOJET menggunakan teknologi pembelajaran mesin untuk menetapkan harga, lantas memberi nilai istimewa kepada ahlinya dan klien pada permintaan. Dengan flit 43 jet perniagaan saiz sederhana super, XOJET telah menunjukkan prestasi yang cemerlang belakangan ini. Dalam separuh tahun pertama 2018, hasil syarikat tersebut meningkat sebanyak 12% manakala hasil perniagaan bukan flit meningkat sebanyak 22%.

Pemerolehan tersebut adalah langkah besar untuk Vista Global yang membolehkan kumpulan itu menambah lagi tawaran globalnya dan mengukuhkan kedudukannya di Amerika Utara iaitu pasaran penerbangan perniagaan terbesar di dunia.

Flit dan operasi komersial XOJET (selain pengangkut udara yang dikawal A.S.) akan menyertai Vista Global. Vista Global ialah kumpulan pertama yang cukup besar untuk menawarkan penerbangan peribadi global kepada semua pelanggan, yang menjadi tanda aras baharu dalam industri. Susulan pengumuman ini, Vista Global bakal mempunyai 1,500 pekerja di 20 buah pejabat di seluruh dunia.

Vista Global didirikan atas empat prinsip yang menyediakan perkhidmatan menyeluruh kepada pengguna dan dagangan:

a. Kesediaan pesawat pada flit yang terjamin, dan penyelesaian aset rendah untuk terbang dari titik ke titik ke mana-mana dan pada bila-bila masa;
b. Liputan penerbangan global pada permintaan;
c. Perkhidmatan penyewaan dan pembelian pesawat sedunia yang pertama;
d. Teknologi tercanggih untuk menampung perkhidmatan pelanggan syarikat penerbangan.

Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi Vista Global berkata: “Semua ini bermula apabila saya melihat peluang dalam industri yang memberikan tawaran tidak konsisten dan berpecah-pecah. Misi Vista Global adalah menyediakan penyelesaian yang berpusatkan pelanggan untuk setiap segmen penerbangan perniagaan dan pengumuman hari ini adalah salah satu langkah ke arah itu. Pemerolehan ini ialah tambahan yang baik kepada perniagaan global kami. Kekuatan XOJET di Amerika Utara dan reputasinya yang menawarkan nilai hebat sangat sesuai dengan VistaJet dan perniagaan lain dalam kumpulan ini.”

Bradley Stewart, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif XOJET berkata: “Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa hari ini syarikat kami akan menyertai keluarga jenama yang unggul. Dengan menjadi sebahagian daripada Vista Global, XOJET mampu mencapai matlamat untuk menjadi perniagaan global dan membekalkan teknologi dan infrastruktur terbaik. Saya yakin bahawa Vista Global dan XOJET mempunyai komitmen yang sama berkenaan berkhimat untuk pelanggan. Saya bersedia untuk bekerja dengan pasukan Vista Global dan syarikat-syarikatnya pada masa akan datang.”

Pelengkapan transaksi tertakluk pada syarat penutupan biasa, termasuk tamat tempoh atau penamatan tempoh menunggu yang terpakai di bawah Akta Peningkatan Antitrust Hart-Scott-Rodino. Tiada syarat kewangan untuk transaksi ini. Transaksi ini dijangka akan ditutup pada suku tahun keempat 2018. Pengangkut udara terkawal XOJET akan dikendalikan secara usaha sama di bawah kawalan dan kepimpinan A.S., menurut kriteria Jabatan Pengangkutan A.S.

Jefferies LLC berkhidmat sebagai penasihat kewangan eksklusif dan Latham & Watkins LLP sebagai penasihat undang-undang utama untuk Vista Global. Perella Weinberg Partners bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif untuk Syarikat Pelaburan Mubadala (“Mubadala”) dan White & Case LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang utama untuk Mubadala. Pembiayaan pemerolehan tanpa rekursa kepada tiga perniagaan Vista Global lain telah disediakan di bawah pimpinan J.P. Morgan, dengan Jefferies LLC.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11425

No comments:

Post a Comment