Thursday, September 13, 2018

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGANJURKAN PAMERAN "KECANTIKAN TRADISIONAL KYOTO YANG MENYOKONG BUDAYA GEIKO DAN MAIKO"

TOKYO, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH) Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mengadakan satu pameran khas yang bertajuk "Kecantikan Tradisional Kyoto yang Menyokong Budaya Geiko dan Maiko" yang mempamerkan seni tradisional Kyoto untuk memberikan gambaran secara mendalam kepada aspek budaya bagi budaya tradisional Jepun Geiko dan Maiko. Pameran ini akan diadakan dari 3 Oktober (Rabu) sehingga 9 November (Jumaat), 2018 di Lobi Seni yang terletak di tingkat 3 Hotel kami dan akan memaparkan contoh-contoh teknik celupan tradisional "Kyo Yuzen", bahan-bahan anyaman "Nishijin Ori", sikat-sikat hiasan "Hanakanzashi" dan alatan lain yang digunakan oleh "Geiko" (istilah yang lebih disukai di Kyoto untuk menggambarkan geisha), wanita yang mempelajari dan mempersembahkan tradisi seni, tarian dan nyanyian kuno, dengan mengenakan gaun kimono dan solekan tradisional dan "Maiko", dianggap sebagai pelatih "Geiko".

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180912005055/en/

Pameran "Kecantikan Tradisional Kyoto yang Menyokong Budaya Geiko dan Maiko" akan memperkenalkan payung tradisional "Hanagasa", kipas dan alatan lain yang digunakan di dalam persembahan Geiko dan Maiko. Di samping itu, gambar-gambar yang menunjukkan pelbagai adegan yang diambil pada setiap musim dari "daerah-daerah hiburan Gokagai" di Kyoto akan dipamerkan untuk memperlihatkan kepada tetamu mengenai budaya Jepun. Di samping itu, cetakan daripada blok kayu yang dicipta oleh artis terkenal Masao Ido yang menampilkan pemandangan Kyoto dalam pelbagai musim akan dipamerkan.

Pada 25 Oktober, 2018, Geiko, Maiko yang popular dan ahli pemuzik dari Komaya Geiko House di Miyagawacho, Kyoto akan mempersembahkan acara-acara khas, termasuk satu pertunjukan demonstrasi Geiko dan Maiko khas secara percuma akan juga diadakan di lobi Hotel kami dari pukul 4:00 petang sebagai satu peluang unik untuk mengalami seni budaya tradisional ini.

Di Restoran "Kagari" Masakan Jepun kami, Art Lounge "Duet", dan Bar Utama "Brillant", makan tengah hari, makan malam, minum petang dan minuman istimewa yang menggambarkan musim luruh akan disediakan untuk tetamu kami di antara 1 Oktober (Isnin) dan 31 Oktober (Rabu), 2018. Di samping itu, rangkaian hotel Kumpulan Keio sedang berkembang dengan pembukaan baru-baru ini "Rakuro Kyoto – The Share Hotels" di Marutacho, Kyoto pada Mei dan pembukaan Keio Prelia Hotel Kyoto Karasuma Gojo yang dijadualkan pada November 2018. Oleh yang demikian, kami mengadakan pelbagai acara yang memperkenalkan seni dan budaya Kyoto untuk membantu meraikan pembukaan hotel-hotel baharu ini.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180912005055/en/

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

No comments:

Post a Comment