Monday, September 24, 2018

LIQUINEX AND GRAFOID BEKERJASAMA MENYEDIAKAN PENAPISAN AIR DENGAN TEKNOLOGI PENAPISAN BERDASARKAN GRAPHENE MESOGRAF™ - GPURE



OTTAWA, 21 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Grafoid Inc. (“GRAFOID”) berbangga mengumumkan kerjasama dengan Liquinex, syarikat yang mengkhusus dalam kejuruteraan air sisa untuk menyediakan rawatan air berskala komersial menggunakan teknologi penapisan berdasarkan graphene MESOGRAF™ Grafoid.

Permintaan yang semakin meningkat untuk air minuman yang bersih, sumber air yang semakin terhad, pengindustrian yang pesat dan aktiviti pembinaan yang meningkat adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan keperluan untuk rawatan air boleh skala di seluruh dunia meningkat.

Ditambah lagi dengan faktor lain seperti sokongan kerajaan yang bertambah terhadap rawatan dan pembuangan air yang betul, pasaran global untuk rawatan air dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan keseluruhan sebanyak 7.4% daripada 2017 hingga 20271.

Produk penapisan berdasarkan Graphene GPURE boleh diskala untuk memenuhi keperluan komersial ini yang menjadikannya ideal untuk tahap industri, aplikasi ceruk seperti pemekatan minuman, rawatan gas asli/campuran air, biobahan api dan rawatan air sisa industri di mana osmosis berbalik (RO) tidak sesuai disebabkan kecenderungan berlakunya kotoran apabila cecair pekat dibuang melalui kartrij RO.

Bahan penapisan konvensional (cth. karbon diaktifkan, zeolit, flokulan, dll.) mempunyai had kepekaan pH tertentu, kurang efisien dan tidak boleh digunakan semula untuk merawat campuran pelbagai bahan pencemar yang wujud dalam air sisa. Sebaliknya, graphene MESOGRAF™ yang merupakan bahan 2D dengan luas permukaan besar dan boleh tala mampu menjerap dengan baik dan boleh digunakan semula untuk menapis pelbagai jenis pencemar.

Dr. Kiran Manga, Pengurus Kejuruteraan Grafoid berkata: “Permukaan MESOGRAF™ yang diperbuat daripada terbitan graphene telah digunakan untuk memenuhi keperluan khusus klien industri (cth. Pembuangan pewarna organik dalam industri tekstil dan kulit, fenol dan ion logam berat dalam industri pemprosesan bijih dll.). Teknologi GPURE kami mampu membuang sehingga 99.8% pencemar fenol, 99% pewarna daripada sampel masa nyata air sisa industri pada pH neutral dan suhu bilik.”

Bashir Ahmad, CEO Liquinex Group Pte Ltd. mengesahkan kepentingan kerjasama dengan Grafoid, “Rawatan air yang berkesan memerlukan kerjasama erat antara kedua-dua sektor awam seperti IPI Singapore, dan juga amat penting bagi organisasi peribadi melaksanakan penerimaan teknologi inovatif seperti Grafoid secara meluas.  Kerjasama dengan Garfoid menjadikan kami semakin teguh dan mencipta potensi yang besar.

Gary Economo, CEO Grafoid mengakui potensi impak global kerjasama dengan Liquinex. “Kita tahu bahawa air adalah elemen penting untuk banyak proses industri dan permintaannya untuk kegunaan industri akan meningkat disebabkan aktiviti ekonomi yang bertambah. Kami yakin bahawa teknologi GPURE mampu memainkan peranan penting dalam mengukuhkan masa depan rawatan air di seluruh dunia.”

1 https://globenewswire.com/news-release/2018/06/05/1517364/0/en/Water-Treatment-Market-Poised-to-Register-7-4-CAGR-through-2027.html
* 26 April 2018 (marketresearch.biz melalui COMTEX)

Perihal Grafoid.

Ditubuhkan pada tahun 2011, Grafoid Inc. Ialah syarikat penyelidikan, pembangunan dan pelaburan yang melabur, mengurus dan mencipta pasaran untuk proses-proses penghasilan graphene boleh skala secara ekonomi bagi penggunaan dalam pembangunan graphene oleh syarikat dan institusi terkemuka. Pelaburan utama Grafoid menghasilkan graphene dengan ketumpatan tenaga tinggi, kurang lapisan dan kecacatan serta mudah diaplikasikan yang menggunakan proses pengekstrakan selamat dan tidak merosakkan, lalu meninggalkan jejak ekologi yang kecil. Proses unik ini dianggap sebagai standard global baharu oleh Grafoid untuk menghasilkan produk graphene berketulenan tinggi dan boleh diskala secara ekonomi, yang bertanda dagangan MesoGraf™ dan boleh disesuaikan untuk kegunaan industri dan komersial.

Perihal Liquinex.

Bertempat di Singapura, Liquinex ialah syarikat pengeluar, rekaan dan kejuruteraan yang menggunakan penapis graphene generasi baharu, membran seramik dan teknologi pembersihan membran proprietari dalam pembuatan sistem rawatan air untuk kegunaan industri, penulenan dan pemulihan air perbandaran. Dengan paten berdaftar untuk Sistem Rawatan Air Sejuk/Menara Penyejukan khas industri, Liquinex menyediakan kejuruteraan alam sekitar, perkhidmatan dan sistem penulenan yang inovatif. Dengan pemasangan yang berjaya di seluruh Asia termasuk Singapura, Malaysia, Laos dan Indonesia, Liquinex terus mengkomersialkan sistem rawatan air canggih untuk merawat air sungai, air bawah tanah (perigi) dan pelbagai sumber air termasuk air sisa industri untuk membuang logam berat bagi kegunaan minuman, kitar semula atau penyahcasan, atau mematuhi standard peraturan. Liquinex telah membangunkan sistem penulenan air kompak dengan berat kurang daripada 30Kg, dikuasakan bateri dan/atau solar, mampu menghasilkan sehingga 500 liter air per jam dan boleh diangkut sebagai bagasi standard pada sebarang syarikat penerbangan.

Maklumat Hubungan
Grafoid Inc.
Gary Economo
Rakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif
613-447-8521
geconomo@grafoid.com
www.grafoid.com

Sumber: Grafoid Inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment