Program
diadakan bersempena Hari Pembersihan Bumi pada 15 Sept.
Ketua
Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie berkata inisiatif tersebut
adalah penting kerana setiap usaha kecil yang dilakukan untuk membersihkan alam
sekitar akan membawa manfaat yang besar kepada masyarakat.
"Saya
gembira kerana melalui pergerakan global ini, rakan sekerja dan komuniti
termasuk para pelajar dari sekolah angkat kami akan berganding-bahu memberi
impak yang besar kepada alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan.
Aktiviti
pembersihan bersama yang akan berlangsung selama lima jam itu bakal melibatkan
komuniti serta pelajar dari sekolah yang terletak berhampiran
empat cawangan Tesco iaitu Tesco Sungai Petani Selatan, Kedah; Tesco
Tanjung Pinang, Pulau Pinang; Tesco Manjung, Perak dan Tesco Kota Bharu, Kelantan.
Selain
aktiviti membersih, peserta akan diberi taklimat oleh wakil RCOMM Lestari di
lokasi masing-masing mengenai sistem pengurusan sisa
seperti cara memisah, mengenal pasti barang kitar semula dan cara
ideal untuk membuang sisa.
RCOMM Lestari adalah organisasi
bukan berasaskan keuntungan yang dilantik oleh pencetus idea Hari Pembersihan
Bumi iaitu Let's Do It World Foundation, untuk memimpin dan melaksanakan
program alam sekitar di Malaysia.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment