Tuesday, September 18, 2018

AMPLEXOR LIFE SCIENCES MENGHADIRI ACARA TAHUNAN PHARMACON ASIA 2018

BROOMFIELD, Colo., 18 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) --

AMPLEXOR:
 
MAKLUMAN MEDIA: Kini memasuki tahun kelima mereka, Pharmacon Asia 2018 merupakan satu daripada acara rantaian nilai pembangunan ubat-ubatan dan pengkomersilan yang paling dihormati yang memberi tumpuan kepada ujian klinikal sehingga kepada mengakses pasaran, dan menangani cabaran yang berkaitan dengan mengekalkan pematuhan kawal selia.
   
  Pharmacon Asia terkenal disebabkan oleh barisan penceramah mereka dan kualiti rangkaian, yang menarik lebih daripada 150 buah syarikat dari seluruh dunia. Firma-firma hadir untuk berkongsi amalan terbaik dan pengalaman mereka sendiri, menawarkan petua dan strategi yang praktikal yang dapat membantu rakan-rakan mereka untuk mengekalkan pematuhan kawal selia dan meningkatkan akses pasaran.

Di antara barisan pemimpin industri yang terkemuka pada acara tersebut ialah pakar-pakar Bahasa AMPLEXOR Life Sciences yang bersedia membantu bagi kedua-dua hari pada Pharmacon Asia itu.
   
   
Apa: Pharmacon Asia 2018 termasuk acara-acara lain di lokasi yang sama: Mempercepatkan Ujian Klinikal di Asia; Hal ehwal Kawal Selia Syarikat Farmaseutikal Asia; Sidang Kemuncak Akses Pasaran Syarikat Farmaseutikal dan Penetapan Harga Asia; and Sidang Kemuncak Syarikat Farmaseutikal Digital. Semua acara menarik perhatian pelbagai vendor, pengawal selia, pengeluar dan pengguna akhir yang berkongsi pengalaman mereka sendiri dalam menangani cabaran yang dihadapi industri itu di Asia.

Sertai AMPLEXOR Life Sciences di Pharmacon Asia 2018 dan ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana penyelesaian kami dapat membantu – perkhidmatan kandungan bahasa dan global – serta memberi pandangan dan nasihat tentang bagaimana projek-projek kandungan boleh ditangani untuk perniagaan anda.
   
   
Bila: 19 dan 20 September 2018
  
 
Di Mana: Meja #1
  One Farrer Hotel and Spa
  1 Jalan Farrer Park Station
  Singapura
   

Pasukan Perkhidmatan Bahasa dari AMPLEXOR Life Sciences akan hadir pada 19 dan 20 September dan membincangkan mengenai sebarang cabaran yang mungkin dihadapi oleh organisasi anda berhubung pematuhan kawal selia, pelabelan, penyetempatan bagi terjemahan dan banyak lagi. Untuk mendaftar bagi acara itu, sila klik di sini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penawaran suite penyelesaian dan perkhidmatan bahasa bagi AMPLEXOR Life Sciences, sila klik di sini.

Maklumat mengenai AMPLEXOR Life Sciences

AMPLEXOR Life Sciences membantu organisasi farmaseutikal, peranti perubatan dan bioteknologi untuk melancarkan produk dan menembusi ke pasaran baharu dengan kadar pantas. Penyelesaian dan perkhidmatan kami mempercepatkan penciptaan dan penyampaian kandungan global yang konsisten, mematuhi dan berkualiti tinggi – baik dari segi fizikal mahupun digital – merentasi kesemua negara sasaran. Perkhidmatan mereka termasuk perkhidmatan perundingan teknologi, pelaksanaan dan pengurusan, serta penulisan teknikal, terjemahan perubatan dan perkhidmatan pengesahan linguistik.

AMPLEXOR mempunyai 1,800 orang pekerja di 23 buah negara merentasi empat benua. Ia mempunyai sejarah yang kaya yang mencakupi lebih 25 tahun di dalam mengendalikan syarikat-syarikat farmaseutikal, pengeluar peranti perubatan dan bioteknologi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.amplexor.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180916005010/en/

Hubungi

AMPLEXOR
Sherri Hughes-Smith, +720-557-0027
Pengarah Pemasaran Segmen – Life Sciences
sherri.hughes-smith@amplexor.com

Sumber : AMPLEXOR

No comments:

Post a Comment