Wednesday, September 12, 2018

GMAC LANCAR VERSI KEDUA DALAM INISIATIF "BELAJAR DI INDIA" MELALUI PERKONGSIAN DENGAN 13 SEKOLAH PERNIAGAAN TERKEMUKA

Seperti yang diumumkan baru-baru ini oleh Bahagian Orang Asing, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kerajaan India, pelajar asing boleh diberikan "Visa Intern" untuk meneruskan peluang latihan di India selepas menamatkan pengajian di India


NEW DELHI, India, 12 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam usaha untuk mengukuhkan India sebagai sebuah destinasi pendidikan pengurusan dan membina keutamaan di kalangan pelajar antarabangsa, Majlis Kemasukan Pengurusan Siswazah (GMAC) telah melancarkan semula versi kedua inisiatif Belajar di India. Di bawah inisiatif ini, pelajar di seluruh dunia boleh menerokai India sebagai destinasi pendidikan pengurusan siswazah dan mendapatkan kemasukan ke mana-mana 13 sekolah perniagaan yang menyertai program ini.

Sekolah-sekolah perniagaan yang berkaitan dengan inisiatif Belajar di India adalah:
  • Great Lakes Institute of Management
  • IFIM Business School
  • Indian School of Business
  • Institute of Management Technology, Ghaziabad
  • International Management Institute, New Delhi
  • ISBR Business School
  • K. J. Somaiya Institute of Management Studies and Research
  • NMIMS
  • SDA Bocconi Asia Center
  • SPJIMR
  • T. A. Pai Management Institute
  • Universal Business School
  • Xavier University, Bhubaneshwar

Mengulas mengenai pelancaran itu, Encik Gaurav Srivastava, Pengarah Serantau, Asia Selatan, GMAC berkata, "Dengan evolusi landskap ekonomi dan akademik, India telah muncul sebagai pasaran yang menjanjikan pendidikan pengurusan dalam kalangan mereka yang becita-cita dari seluruh global. Selepas kejayaan pelancaran inisiatif Belajar di India, versi kedua terus menguatkan misi GMAC untuk menghubungkan calon-calon dari seluruh Asia Tenggara, Afrika dan wilayah Timur Tengah untuk meneruskan pendidikan perniagaan yang berkualiti dari sekolah-sekolah perniagaan terkemuka di India. Lebih-lebih lagi, para pelajar asing kini mempunyai peluang untuk meneruskan peluang latihan di India dan menjejaki karier mereka dengan cepat. "

Beliau menambah, "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sekolah-sekolah perniagaan kerana sokongan mereka yang berterusan terhadap inisiatif ini. Belajar di India akan membantu sekolah-sekolah perniagaan untuk mengakses kumpulan bakat yang lebih besar dan meningkatkan kepelbagaian di kampus mereka. "

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Bahagian Orang Asing, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kerajaan India baru-baru ini, para pelajar asing boleh diberi 'Intern Visa' untuk melakukan Latihan di India selepas menamatkan pengajian di India. Untuk melakukan pekerjaan di India selepas tamat pengajian, pelajar asing harus kembali ke negara asal / mastautin dan memohon Visa Pekerjaan di misi/Post India yang berkaitan. Sekiranya terdapat keperluan kursus untuk melengkapkan latihan industri/projek musim panas/ latihan dan lain-lain yang mungkin menjadi sebahagian daripada kurikulum yang ditetapkan, tiada kebenaran khas diperlukan untuk melengkapkan latihan/latihan perindustrian sebegini. Oleh itu, pelajar asing boleh menyertai latihan industri semasa musim panas antara tahun pertama dan kedua pendidikan pengurusan siswazah mereka berasaskan kekuatan visa pelajar mereka yang diberikan untuk meneruskan pengajian pengurusan di India.

Belajar di India, yang dilancarkan pada tahun 2017, menjana lebih daripada 2700 peneraju dari 64 negara termasuk Nigeria, Korea, Bangladesh, Ghana, Filipina, Maghribi, Tanzania, Indonesia, Kenya, Uzbekistan, Nepal, Sri Lanka, Mesir, Turki, Lubnan, Arab Saudi, Amerika Syarikat , Congo dan Vietnam.

William Ofusu Adi dari Ghana merupakan pemenang Peraduan MBA@India 2017 dan memenangi lawatan ke India untuk melawat kampus Sekolah Perniagaan India dengan bantuan sokongan GMAC. Tahun ini juga, tiga pemenang bertuah Peraduan MBA@India  2018 akan berpeluang melawat mana-mana kampus sekolah perniagaan dalam program ini yang menjadi pilihan mereka.

Pelajar boleh melawat laman web Belajar di India www.studyinindiamba.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai belajar dan tinggal di India. Laman web ini akan menawarkan akses kepada maklumat tentang sekolah-sekolah yang menyertai program ini dan peluang untuk berhubung dengan mereka untuk mendapatkan butiran yang diperlukan.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180907005381/en/

Hubungi

Avian Media
Anuradha Chawla / Mayuri Dahiya
9899965560 / 8585925739
Anuradha@avian-media.com / mayuri@avian-media.com

Sumber : Graduate Management Admission Council

No comments:

Post a Comment